Suatu ketika dahulu, lagu ‘Wassini’ yang dinyanyikan oleh Waheeda ini pernah menjadi fenomena dalam dunia hiburan sekitar tahun 2000-an. Malah dia juga telah memenangi anugerah festival muzik Voice of Asia 2004 dalam tempat ketiga.
Umum mengetahui, selepas mendirikan rumah tangga Waheeda mengambil keputusan untuk bersara dalam bidang nyanyian.
Waheeda atau nama sebenarnya Norwahidah Abdul Wahab ini juga sudah hampir 15 tahun tidak muncul di platform media sosial mahupun kaca TV.
Pun begitu, baru-baru ini isteri kepada pendakwah bebas Akhil Hayy telah meraih perhatian ramai apabila muncul dalam sebuah video yang dimuat naik oleh kelab peminat Bienda di laman TikTok.
Menerusi hantaran yang dikongsi oleh @biendalovers ini, memaparkan Waheeda dan Bienda saling berpeIukan mesra. Mungkin ada yang tidak tahu, mereka berdua pernah popular di era yang sama malah Bienda juga dikatakan mempunyai persamaan dengan Waheeda kerana memperjuangkan irama muzik yang serupa.
Difahamkan, kedua-kedua penyanyi ini bakal bekerjasama untuk satu projek yang akan datang tahun hadapan namun masih tiada lagi berita rasmi oleh mereka.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa rindu dan teruja apabila melihat perkembangan terbaharu tentang Waheeda yang sudah sekian lama tidak muncul.
Bukan itu sahaja, ada juga mengatakan kagum dengan perubahan penyanyi itu kerana masih istiqomah dalam menutup aurat.
Malah mereka turut memuji penampilan kedua-dua figura ini kerana sangat cantik dan manis serta mendoakan agar persahabatan mereka hingga ke Jannah.
Sumber: iG/Tiktok Bienda Lovers
0 Ulasan