Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Taufan Julia 140km/j badai Nicaragua, lebih 13,000 keluarga terjejas teruk

BLUEFIELDS, 10 Oktober - Taufan Julia membadai Nicaragua membawa angin dan hujan lebat serta banjir kilat dan tanah runtuh. Angin berterusan maksimum dianggar pada kelajuan 140 kilometer sejam hingga boleh mengancam nyawa.

Taufan Julia 140km/j badai Nicaragua, lebih 13,000 keluarga terjejas teruk
Penduduk meninggalkan rumah mereka pada hari Sabtu sebelum ketibaan ribut tropika Julia, yang sejak itu telah menjadi taufan dan menuju ke Nicaragua. Gambar: Wendell Escoto/AFP/Getty Images

Bekalan elektrik dan air terputus menyaksikan beberapa rumah tidak berbumbung dan banyak pokok tumbang sehingga menyebabkan kerosakan teruk di bandar pantai Bluefields.

Walaupun tiada kematian dilaporkan namun negara itu kini berada dalam keadaan berjaga-jaga.

Kira-kira sejuta penduduk kawasan pantai Nicaragua kehilangan kuasa eletrik dan talian internet terputus selepas kerajaan memutuskan untuk memotong bekalan elektrik atas faktor keselematan, menurut Naib Presiden Rosario Murillo.

Sistem Bencana Kebangsaan Nicaragua menerusi Twitter pada Ahad memaklumkan bahawa seluruh negara diberi amaran untuk berjaga-jaga selepas negara itu dilanda hujan lebat dan banjir.

Tentera dikerahkan untuk membantu memindahkan penduduk pulau di sekitar bandar Sandy Bay Sirpi. Tentera berkata ia menghantar bekalan kemanusiaan ke Bluefields dan Laguna de Perlas untuk diedarkan ke 118 pusat perlindungan sementara.

Langkah berjaga-jaga yang sama sedang dijalankan di kawasan tengah pantai Caribbean Nicaragua, di mana pihak berkuasa mengeluarkan amaran untuk semua jenis kapal mencari pelabuhan yang selamat. Taufan itu berada di laluan umum ke kawasan Bluefields dan Pearl City.

Dengan hujan setinggi 15 inci, tanah runtuh yang dahsyat diramalkan. Lebih 13, 000 keluarga telah dipindahkan dan lebih 800 rumah ditenggelami air yang mengakibatkan bumbung telah rosak. - REUTERS



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan