Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Raikan majlis perkahwinan macam parti disko kelab malam, dapat kecaman ramai

Terdapat banyak perkara-perkara bertentangan dengan ajaran Islam semasa di adakan majlis kenduri kahwin di dalam masyarakat kita. Sebagai seorang Islam yang beriman dan bertakwa kita perlulah menjauhkan diri daripada membuat perkara-perkara yang bertentang dengan ajaran Islam.

Raikan majlis perkahwinan macam parti disko kelab malam, dapat kecaman ramai
Raikan majlis perkahwinan macam parti disko kelab malam, dapat kecaman ramai

Trend majlis perkahwinan masa kini, terutamanya pasangan yang berkemampuan ada yang menjemput artis untuk membuat persembahan. Ada juga yang pengantin itu sendiri mahu membuat persembahan seperti menyanyi di depan keluarga besar. Macam-macam lagi dan semua itu mengikut cita rasa pasangan itu sendiri.

Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan pasangan pengantin meraikan perkahwinan dengan acara menari dan berjoget. Suasananya tak jauh beza seperti dalam disko dan kelab malam.

Menerusi video berkenaan, kelihatan pasangan pengantin sedang mengadakan majlis perkahwinannya di sebuah ballroom hotel.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila mereka mengadakan after party selepas majlis sanding itu selesai. Lebih mengejutkan lagi adalah apabila mereka semua menari dan berjoget cucuk langit seperti di kelab malam.

Tambahan lagi, majlis itu juga didatangi oleh seorang DJ membuatkan netizen dari Malaysia terkejut melihatnya.

“Ini kalau waktu kahwin aku buat mcm ni, memang mak aku bakar pelamin” – komen seorang netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1 juta views, 1133 rewteets, 2795 quote tweets dan 2994 likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pandangan masing-masing.

Sape balas “majlis dia suka hati dialah” adalah orang yang xda ketetapan dalam agama dia dan tidak meletakkan Islam sebagai pertama dalam hidup. Lebih kepada “pandangan org lain” as pedoman dia. Aku just kasi satu ayat untuk bidasan; “amar makruf nahi mungkar” There, I’ve said it, komen seorang lagi.

Sumber: Twitter


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan