Masalah kekurangan bekalan telur ayam yang berlarutan sejak dari dulu seolah-olah masih tidak nampak lagi jalan penyelesaiannya. Berdasarkan sisi pandangan sumber, punca krisis ini berlaku adalah kerana ekosistem industri telur ayam negara ketika ini dikawal oleh lima syarikat pengeluar induk ayam penelur utama dan kini, mereka berdepan masalah kekurangan induk ayam penelur.
Masalah bekalan telur: “Ayam kat Malaysia ni memang tengah musim mandul ker..?”😂😂 |
Perkara ini disuarakan oleh Chef Amer melalui sindiran tajam dan sinis di Facebooknya berikut yang ditujukan khas buat pihak berwajib agar menyedari rintihan serta kesukaran yang dihadapi oleh rakyat ketika ini khususnya ramai golongan usahawan sepertinya di luar sana.
Tangkap layar perkongsian Facebook Chef Amer yang mengulas secara sinis tentang masalah bekalan telur ayam |
Beliau menambah, “Pihak berwajib dan kementerian yang dipertanggungjawabkan tolonglah bantu rakyat jelata, janganlah asyik sibuk nak menyambut pilihanraya.
“Kalau dah daging mahal, ayam mahal, ikan mahal, sotong mahal dan udang mahal belaka. Hanya tinggal telur ajer yang menjadi pilihan hidangan untuk keluarga.
“Hidangan kegemaran anak-anak nasi, kicap dan telur mata... Kesian kan lah kat kami semua...”
“Peniaga roti canai tak boleh jual roti telur dan roti sardin mereka. Peniaga nasi lemak tak der telur goreng, telur rebus dan telur berlada...”
“Peniaga kopitiam tak der menu roti telur goyang, telur setengah masak dan terpaksa jual roti bakar sahaja...”
“Peniaga gerai terpaksa jual nasi goreng, mee goreng dan koey tiaw goreng tanpa telur...”
“Lebih parah lagi.. Peniaga yang jual kek, murtabak dan roti john, mereka nak berniaga apa?...”
“Wahai pihak yang berkuasa, turunlah dan rasailah denyut nadi kami sama. Selamilah penderitaan para peniaga... Nak kami terjemahkan kat kertas undi pilihanraya ker?...”
Sumber: Chef Amer
0 Ulasan