Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Jika Caprice betul nak saman, sila hantar surat ke peguam kami” — Ameer Ali Mydin

Penyanyi rap sensasi, Caprice menuntut Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) membuat permohonan maaf secara terbuka selepas mendakwa syarikat itu memuat naik hantaran berunsur penghinaan di Twitter, lapor Harian Metro.

“Jika Caprice betul nak saman, sila hantar surat ke peguam kami ” - Ameer Ali Mydin

Caprice, 33, mendakwa berasa terhina dan dimalukan secara terbuka dengan kenyataan Mydin itu.

"Kami (Caprice dan peguam) akan meneruskan tindakan undang-undang dan berharap Mydin membuat permohonan maaf menerusi video atas tindakan itu," kata kenyataan yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Beri tempoh 24 jam

Semalam, Mydin di Twitter Mydin Malaysia memuat naik tiga gambar bersama hantaran, "Mula-mula ingat nak beli tea je (saja), sekali terbeli cap (topi) dan rice (beras). Bila sampai rumah, rasa macam tak perlu pun cap dengan rice tu. Nasib Mydin bagi pulangkan balik dalam masa 24 jam."

“Jika Caprice betul nak saman, sila hantar surat ke peguam kami ” - Ameer Ali Mydin

Menurut Caprice atau nama sebenarnya, Ariz Ramli, dia akan menyaman Mydin sebanyak RM30 juta kerana merasakan dirinya tersindir dengan ciapan tersebut.

Disebabkan oleh penghinaan awam ini, pelanggan kami tidak lagi berasa selamat dan akan selamanya trauma oleh pembeli, pekerja, dan pelanggan dari @mydinmalaysia

Kami akan meneruskan tindakan undang-undang dan berharap @mydinmalaysia boleh mengeluarkan permohonan maaf video dan pampasan untuk penyiaran melulu oleh jenama terkenal di ruang awam. - Caprice

Siapa makan cili, dia terasa pedas

Sementara itu, Pengarah Urusan Mydin, Datuk Dr Ameer Ali Mydin ketika dihubungi maklum mengenai perkara itu.

"Siapa makan cili, dia terasa pedas," katanya ringkas.

Beliau berkata, pihaknya akan mengeluarkan satu kenyataan di Twitter.

“Kami (Mydin) tak ada sebut nama Caprice atau ‘tag’ Caprice dalam hantaran kami, kenapa dia nak terasa”.

“Siapa makan cili, dia yang rasa pedas.

“Kalau betul Caprice nak saman, hantar surat saman kepada pihak kami, biar peguam saya nanti akan semakkan,” katanya ringkas.

Nak belanja follower

Selepas menyatakan ingin menyaman pasar raya Mydin, Caprice telah berkongsi di Insta Story miliknya dengan menyuarakan keinginan menawarkan perbelanjaan percuma kepada followers di cawangan terpilih pasar raya berkenaan.

“Jika Caprice betul nak saman, sila hantar surat ke peguam kami ” - Ameer Ali Mydin

Caprice meminta sesiapa yang menerima tawaran beliau, menyatakan mana-mana cawangan pasaraya Mydin yang berdekatan

Tutup ruangan komen

Selepas menerima pelbagai kecaman hebat oleh netizen yang rata-rata berpihak kepada pasar raya tersebut, selebriti kontroversi itu telah menutup ruangan komen di Instagramnya dengan alasan perkara berkenaan akan dibawa ke mahkamah kelak.

“Jika Caprice betul nak saman, sila hantar surat ke peguam kami ” - Ameer Ali Mydin

Mydin nak ‘join’ sama

Mengulas lanjut berkenaan hal itu, Datuk Wira Dr. Ameer telah mengalu-alukan kerja amal yang ingin dilakukan oleh Caprice dan akan menawarkan 1 kg paket gula kepada setiap mereka yang terlibat.

“Baguslah kalau Caprice nak buat kerja amal, bantu orang ramai, jangan lupa hubungi pihak Mydin ikut cawangan yang diinginkan. “Saya pun nak bantu juga, bagi yang terlibat Mydin akan beri 1kg gula kepada anda,” katanya.

Terdahulu, Caprice dikatakan ‘koyak’ selepas terdapat satu ciapan menyebut tentang topi dan beras yang dibuat oleh laman Twitter Mydin tanpa merujuk kepadanya.

Baca: (Video) Siti Jamumall nak saman salun rambut, Michael Ang dakwa propa jer lebih

Disebabkan itu, penyanyi rap terbabit meminta pihak Mydin untuk membuat video permohonan maaf kepadanya dalam tempoh 24 jam dan jika tidak dia akan melayangkan saman sebanyak RM30 juta.

Sumber: Kosmo! | myMetro



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan