Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

(Video) Siti Jamumall nak saman salun rambut, Michael Ang dakwa propa jer lebih

Pernahkah anda mengalami mimpi ngeri di mana pendandan rambut membuat kesilapan ketika mendandan? Malang lagi jika kesilapan terhadap rambut yang di buat, sukar untuk diperbetulkan. Semakin cuba memperbaikinya, semakin teruk hasilnya. Inilah yang terjadi Siti Jamumall, seorang usahawan produk kecantikan dan penjagaan diri

Michael Abg menganggap video yang dimuat naik Siti Jamumall itu merupakan sebagai konten marketing semata-mata.

Personaliti media sosial dan usahawan Siti Jamumall baru-baru ini membuat siaran langsung di TikTok tentang dirinya di salun itu.

Dalam video di atas, ahli perniagaan itu jelas kecewa dengan keadaan rambutnya selepas dia menyedari rambutnya gugur akibat pelunturan yang berlebihan.

Dia kemudian menyiarkan video di Instagramnya yang menunjukkan tompok botak di kepalanya untuk membuktikan kerosakan pada rambutnya.

Michael Ang tegur Siti Jamumall

Melihat situasi itu, pengarah tersohor, Michael Ang tampil memberikan sedikit teguran terhadap usahawan tersebut ketika dia melakukan live di Instagramnya semalam.

Memetik laporan daripada Gempak, Michael Ang menjelaskan bahawa keguguran rambut merupakan satu perkara yang biasa ketika melakukan proses bleaching.

Siti Jamumall menunjukkan kerosakkan pada rambut beliau setelah dalam siaran video TikTok mendapatkan khidmat sebuah salun rambut di Johor
Siti Jamumall menunjukkan kerosakkan pada rambut beliau setelah dalam siaran video TikTok mendapatkan khidmat sebuah salun rambut di Johor

Kalau orang Asia, nak bleach rambut ambil masa satu hingga dua jam, bukan setengah jam seperti yang didakwa. Saya pun bleach rambut dan memang prosesnya ambil masa. Nak propa pun agak-agaklah.

Rambut dia tak akan botak. Memang kalau bleach, rambut akan gugur banyak. Semua orang bleach rambut pasti akan alami keguguran rambut.

Dia cuma guna alasan itu untuk korang yang tak tahu ingat rambut betul-betul gugur. Lebih-lebih rambut yang halus dan tak kuat, lagi akan gugur banyak.

Michael juga menambah bahawa dia menganggap video yang dimuat naik Siti Jamumall itu merupakan sebagai konten marketing semata-mata.

Ala, sekarang marketing semua sanggup buat apa sahaja. Nampak sangat nak tunjuk satu Malaysia bodoh.

Kau nak buat content boleh, takda siapa cakap tak boleh. Tapi buatlah content yang boleh dipercayai sikit. Janganlah buat content untuk orang kutuk. Tapi saya rasa orang Malaysia ni suka buat content untuk orang kutuk. Sebab lagi kutuk lagi famous.

“Dia takkan botak, percayalah. Orang akan melakukan apa sahaja untuk publisiti. Begitu juga dengan kes Lesti Kejora dan Rizky Billar. Saya rasa itu hanya untuk kandungan,” katanya dalam IG Live. Pengarah itu juga mengesyorkan salon rambutnya yang biasa kepada Siti Jamumall jika dia kaya seperti yang didakwanya.

Sumber: TikTok, Instagram, Gempak - pautan sumber ada dalam artikel



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan