Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Lelaki dipercayai ‘meraba’ antara langsir pemisah ruang solat wanita dikecam

Tular di media sosial video seorang lelaki dipercayai cuba mengambil ‘kesempatan’ terhadap jemaah wanita ketika menunaikan solat di masjid. Namun tindakan lelaki berkenaan berjaya dirakam oleh seorang gadis dikenali sebagai Zuhaila Zainal dan dikongsi semula olehnya.

Lelaki dipercayai ‘meraba’ antara langsir pemisah ruang solat wanita dikecam
Lelaki dipercayai ‘meraba’ antara langsir pemisah ruang solat wanita dikecam

Menerusi perkongsian di laman TikTok, sebuah video jelas memaparkan seorang jemaah lelaki yang berada di masjid meletakkan tangan pada langsir pemisah ruangan solat lelaki dan perempuan. Bagaimanapun secara tiba-tiba, tangan lelaki tersebut bergerak dan dipercayai cuba meraba sesuatu.

“Di mana-mana pun kita berada. Berhati-hatilah para wanita”

Pemilik video ini menjelaskan, insiden tersebut merupakan kali pertama yang terjadi kepadanya dan menerusi ruangan komen rata-rata netizen turut mengecam tindakan lelaki berkenaan yang dikatakan mengambil kesempatan walaupun sedang berada di tempat beribadat.

komen - Lelaki dipercayai ‘meraba’ antara langsir pemisah ruang solat wanita dikecam

Bagaimanapun ketika artikel ini ditulis tidak dapat dipastikan kejadian ini berlaku di mana dan bila.

“By the way, dari kecil pergi masjid ini tak ada pun spesis macam ini. First time muncul.

Sumber: Zuhaila Zainal


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan