Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Satu lagi kertas siasatan kes gangguan seksual dikaitkan dengan Ebit Lew

Laporan berita arus perdana memetik, satu lagi kertas siasatan berhubung kes gangguan seksual yang dikaitkan dengan pendakwah terkenal, Ebit Lew kini sedang disiapkan.

Satu lagi kertas siasatan kes gangguan seksual dikaitkan dengan Ebit Lew - PDRM
Satu lagi kertas siasatan kes gangguan seksual dikaitkan dengan Ebit Lew - Pengarah JSJ, Bukit Aman.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, pihaknya sedang melengkapkan siasatan berhubung laporan yang dibuat di Semenanjung.

Menurutnya, siasatan dijalankan termasuklah mengesan saksi berhubung dakwaan itu.

“Belum pasti bila akan didakwa, masih disiapkan siasatan lagi,” katanya.

Sebelum ini, Ebit, 37, mengaku tidak bersalah selepas didakwa di Mahkamah Litar di Pejabat Daerah Tenom, terhadap 11 pertuduhan berkaitan gangguan seksual.

Ebit atau nama sebenarnya Ebit Irawan Lew Ibrahim Lew didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun, denda atau kedua-duanya bagi setiap pertuduhan

Mahkamah kemudiannya menetapkan 20 hingga 23 April depan sebagai tarikh penyerahan dokumen, manakala tarikh perbicaraan ditetapkan pada Jun depan.

Ebit dibebaskan dengan jaminan RM1,000 bagi setiap pertuduhan dengan dua penjamin.

Untuk rekod, Ebit berdepan pertuduhan membuat penghantaran gambar dan perkataan lucah dengan bermaksud mengaibkan kehormatan seseorang melalui aplikasi WhatsApp.

Semua pertuduhan adalah bagi kesalahan yang didakwa berlaku di daerah Tenom, Sabah antara Mac hingga Jun 2021 terhadap seorang perempuan Melayu.

Sumber: myMetro



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan