Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

COVID-19: Sebanyak 11,994 kes baharu, 16,603 kes sembuh semalam

PUTRAJAYA: Sebanyak 11,994 lagi kes positif COVID-19 dilaporkan setakat tengah malam tadi, menjadikan jumlah keseluruhan kes jangkitan wabak itu kini mencecah 4,292,585 kes.

COVID-19: Sebanyak 11,994 kes baharu, 16,603 kes sembuh semalam
COVID-19: Sebanyak 11,994 kes baharu, 16,603 kes sembuh semalam

Pada masa sama, sebanyak 16,603 kes sembuh dilaporkan semalam, menyumbang kepada 4,099,786 kes pulih daripada jangkitan COVID-19, setakat ini.

Berdasarkan data melalui laman sesawang COVIDNOW, sebanyak 36 kematian akibat COVID-19 direkodkan semalam, dengan sembilan adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).

Sembilan kematian dilaporkan di Selangor termasuk empat kes BID disusuli lima kes kematian masing-masing di Perak (termasuk satu kes BID) dan Sarawak.

Empat kes kematian dilaporkan di Johor (dengan satu kes BID) dan Pulai Pinang; masing-masing dua kes di Terengganu (termasuk satu kes BID) dan Putrajaya manakala masing-masing satu kes kematian di Melaka (kes BID), Negeri Sembilan, Pahang, Sabah dan Kuala Lumpur (kes BID).

Setakat tengah malam tadi juga, bilangan kes aktif kini sebanyak 157,571 dengan majoriti iaitu 153,859 menjalani isolasi di rumah.

Seramai 3,174 pesakit kini dirawat di hospital manakala 341 pesakit lagi kini menjalani rawatan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC). Sumber: BH Online



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan