Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Sekumpulan kucing ditemui mati bergelimpangan, disyaki diracun individu tidak bertanggungjawab

BERITA mengejutkan melalui media arus perdana dan media sosial di mana terdapat sekumpulan kucing jalanan ditemui mati bergelimpangan di kawasan peranginan ppopular iaitu Pantai Bukit Keluang , Terengganu.

Sekumpulan kucing ditemui mati bergelimpangan, disyaki diracun oleh individu tidak bertanggungjawab
Sekumpulan kucing ditemui mati bergelimpangan, disyaki diracun oleh individu tidak bertanggungjawab

Terdapat sebanyak 20 ekor kucing jalanan dilaporkan telah ditemukan mati disyaki diracun oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Yang mana tular video penemuan bangkai kucing telah dikongsi oleh seorang kakitangan Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Badrul Hafeezy Ali, 35, dan menjadi tular di laman Facebook malah mendapat pelbagai reaksi warganet yang meluahkan rasa sedih dan kecewa dengan perkara tersebut.

Kelab pecinta dan juga penggemar kucing juga meluahkankan rasa kecewa dengan sikap individu tersebut yang sanggup membunuh tanpa belas kasihan walaupun ianya hanya kucing jalanan namun binatang itu adalah benda bernyawa yang perlu dikasihi dan dibantu bukanla boleh dibunuh sesuka hati tanpa perikemanusiaan.

Tidak kurang juga ada yang tidak berpuas hati dengan kejadian tersebut sehingga memaki hamun individu dan kumpulan yang melakukan perkara terkutuk tersebut sehingga menaikkan kemarahan orang ramai.

Sekumpulan kucing ditemui mati bergelimpangan, disyaki diracun oleh individu tidak bertanggungjawab

Menurut penjelasan ringkas saksi yang berada di tempat kejadian semasa bangkai kucing berkenaan ditemui , dia merasa terkejut dan kecewa dengan penemuan tersebut.

“Saya dan seorang rakan iaitu Roshanapi Osman, 39, ada di situ pada 9.30 pagi. Semua kucing ini memang kenal dan manja dengan saya sebab saya suka memberi makan apabila ada masa terluang.

“Memang rasa sedih, terkilan dan geram dengan sikap pihak tidak bertanggungjawab yang sanggup buat begitu… apa salah kucing-kucing jalanan itu. Saya muat naik video itu di Facebook dan ada yang beri cadangan untuk saya maklumkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar agar siasatan lanjut dapat dijalankan,” katanya.

Pihak terbabit kemudian membuat laporan di Balai Polis Kampung Raja pada 3.30 petang dan berharap pihak yang tidak bertanggungjawab dalam insiden itu akan menerima hukuman setimpal dan bertanggungjawab atas sikap buruknya itu supaya menjadi pedoman buat orang lain.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abdul Rozak Mohammad berkata, kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan (khianat ke atas binatang) yang boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Sekumpulan kucing ditemui mati bergelimpangan, disyaki diracun oleh individu tidak bertanggungjawab

“Siasatan awal mendapati terdapat beberapa ekor kucing mati di sekitar pantai tersebut dimana dua daripadanya mati berdekatan pesisiran pantai manakala 13 ekor lagi mati di atas tanah berdekatan pokok,” katanya dalam kenyataan disini, pada Isnin.

Menurut Abdul Rozak, pengadu percaya kematian kucing-kucing itu berpunca daripada perbuatan khianat oleh individu atau kumpulan tidak bertanggungjawab.

“Terdapat kesan lebam biru pada perut kucing, darah pada mulut dan hidung serta ada yang terburai perut.

“Sebanyak 15 ekor kucing telah mati manakala dua ekor kucing masih hidup namun dalam keadaan kesakitan.

Kucing yang telah mati itu telah ditanam di kawasan tersebut,” jelasnya.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Dr Anun Man pula berkata pihaknya telah menerima laporan mengenai perkara itu dan akan menjalankan siasatan lanjut bagi mencari pihak yang bertanggungjawab.

Perkara seperti ini tidak seharusnya berlaku kerana kucing tersebut bukanlah berada di kawasan perumahan dan hanyalah kucing jalanan yang mencari sesuap nasi bagi meneruskan hidup dan sentiasa menjadi peneman di kawasan peranginan tersebut.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan