Tahukah anda bahawa duit yang rosak masih lagi bernilai dan boleh ditukar di Bank Negara Malaysia {BNM)? Anda perlu simpan dahulu duit tersebut dan jangan terus membuangnya ya. Bank Negara Malaysia juga menyatakan kriteria wang yang boleh ditukar dan wang yang tidak boleh ditukar kerana mungkin sudah hilang nilainya dan menyebabkan langsung tidak dapat digunakan lagi.
Jangan buang dulu wang kertas rosak : Garis panduan pertukaran nilai wang kertas rosak di BNM |
Anda boleh tukar wang kertas yang rosak tetapi nilai pertukaran bergantung pada keadaannya. Wang polimer RM1 dan RM5 mula diperkenalkan dalam mata wang Malaysia siri keempat pada tahun 2012.
Selain tidak mudah koyak, wang polimer juga tidak menyerap air, lebih bersih dan tahan lebih lama. Jika wang polimer ini dikendalikan dengan cara yang betul, ia boleh digunakan dalam tempoh yang lebih lama.
Namun, terdapat pelbagai kes di mana wang kertas menjadi rosak dan tidak sesuai untuk digunakan lagi.
Standard kualiti wang kertas dalam edaran
Standard Kualiti untuk Wang Kertas dalam Edaran Wang kertas yang bersih / sesuai membantu memudahkan pengecaman ciri keselamatan. Wang kertas Malaysia dianggap sesuai untuk diedarkan semula jika ia memenuhi semua kriteria berikut:
- Asli dan bukan tiruan
- Bebas daripada lubang, koyak, pita atau bahagian yang hilang
- Mempunyai kecerahan seragam dan bebas daripada kekotoran yang berlebihanv Bebas daripada pemakaian dakwat, khususnya pada potret SPB Yang di-Pertuan Agong
- Bebas daripada kerosakan
Ini adalah contoh wang kertas yang tidak memenuhi piawaian kualiti yang ditetapkan dan tidak lagi sesuai untuk diedarkan. Wang kertas ini harus ditukar.
Wang kertas koyak / masih ada nilai
Untuk pengetahuan semua, wang kertas yang rosak ataupun koyak sebenarnya masih mempunyai nilai dan boleh ditebus semula di bank.
Contoh jenis kerosakan wang kertas:
- Kotor atau lusuh
- Struktur wang kertas sudah lembik
- Renyuk
- Koyak
- Berlubang
- Terbakar
- Dimakan anai-anai
- Luntur warna
Penilaian terperinci wang kertas / syiling cacat
Berikut kadar penilaian Bank Negara Malaysia berkaitan duit kertas rosak berdasarkan kategori:
A) Wang Kertas ContengWang kertas yang terdapat perkataan, tanda, simbol, lukisan dan karikatur, sama ada ditulis atau dilakarkan pada permukaan wang kertas dengan sengaja.
- Nilai penuh akan diberikan kepada wang kertas yang mempunyai sedikit contengan
- Tiada nilai akan diberikan kepada wang kertas yang mempunyai contengan ketara (iaitu terdapat tanda pada potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, tulisan yang memaparkan slogan politik dan unsur keagamaan atau menggunakan wang kertas sebagai kad jemputan/pad tulis)
B) Wang Kertas Cacat
Nilai yang akan diberikan untuk sebarang wang kertas yang koyak, terbakar dan dimakan anai-anai bergantung kepada keadaan berikut:
- Nilai penuh akan diberikan kepada wang kertas yang melebihi dua pertiga (2/3) daripada saiz asal
- Nilai separuh akan diberikan kepada wang kertas yang melebihi setengah (1/2) tetapi kurang dua pertiga (2/3) daripada saiz asal
- Tiada nilai akan diberikan kepada wang kertas yang kurang setengah (1/2) daripada saiz asal
C) Duit Syiling Cacat
Nilai muka akan diberikan sekiranya duit syiling itu memenuhi syarat-syarat berikut:
- Duit syiling tulen
- Rupa bentuknya dapat dikenalpasti
- Cacat atau calar yang tidak disengajakan atau haus
Garis panduan pertukaran wang kertas rosak
A) Kes Wang Kertas Rosak Yang Jelas NilainyaAnda boleh menukar wang kertas rosak di mana-mana institusi kewangan @ Bank Negara Malaysia. Namun, nilainya adalah bergantung kepada keadaan duit tersebut.
Bagi kes wang kertas rosak yang JELAS NILAINYA ini, anda akan diberikan ganti nilai pada HARI YANG SAMA.
Umumnya, kadar wang masih diterima untuk pertukaran dengan nilai asal adalah bagi wang rosak yang memiliki ciri berikut:
- Saiz mata wang yang rosak ialah dua pertiga (2/3) atau lebih daripada saiz asal
- Tidak mengandungi sebarang tanda pada potret DYMM Yang di-Pertuan Agong atau tulisan yang menggambarkan slogan politik
- Tidak rosak kerana tanda atau tulisan perkataan, angka dan lain-lain
B) Kes Wang Kertas Rosak Yang Kurang Jelas Nilainya
Bagi sesetengah kes wang kertas rosak yang KURANG JELAS NILAINYA seperti di gambar di atas, wang perlu dihantar kepada BNM untuk penilaian.
Nilai akan dikembalikan ke dalam akaun pelanggan selepas penilaian.
Cara jaga wang polimer dengan betul
Pihak Bank Negara Malaysia juga ada berkongsi tentang cara terbaik menjaga wang polimer (not RM1, RM5, RM10).
Wang polimer RM1 dan RM5 mula diperkenalkan dalam mata wang Malaysia siri keempat pada tahun 2012. Selain tidak mudah koyak, wang polimer juga tidak menyerap air, lebih bersih dan tahan lebih lama.
Jika wang polimer ini dikendalikan dengan cara yang betul, ia boleh digunakan dalam tempoh yang lebih lama. Oleh itu, anda perlulah:
- Simpan wang polimer secara MENDATAR atau MENEGAK di dalam dompet atau beg duit.
- BERSIHKAN wang polimer jika kotor.
- Guna PENGIKAT GELONG KERTAS untuk mengikat wang polimer.
Anda juga perlu elakkan perkara ini:
- JANGAN lipat wang polimer berulang kali (contohnya sebagai hiasan) kerana ia akan meninggalkan kesan lipatan kekal.
- JANGAN renyukkan wang polimer.
- JANGAN gunakan dawai kokot, objek tajam atau pin pada wang polimer.
- JANGAN dedahkan wang polimer secara langsung kepada suhu yang tinggi.
Cara tukar wang kertas rosak
Jadi, apa nak buat kalau ada duit rosak? Cara nak tukar duit kertas yang rosak ialah dengan membawa wang kertas /wang polimer / duit syiling yang rosak tadi ke mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia yang berhampiran dengan anda dan isi borang.
Anda boleh mendapatkan borang tersebut di kaunter.
Sekiranya cawangan Bank Negara Malaysia terlampau jauh dari rumah anda, anda boleh mencuba mendepositkan wang kertas rosak anda di Maybank, CIMB, BSN dan lain-lain.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Bank Negara Malayia atau hubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan BNM di 1-300-88-5465 atau e-mel bnmtelelink@bnm.gov.my.
Sumber: Bank Negara
0 Ulasan