Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Perikatan Nasional jawab video tarian seksi dihadiri Muhyiddin di Johor yang tular di media sosial

Majlis makan malam dan persembahan tarian di Pusat Konvensyen Antarabangsa Austin (AICC), Johor Bahru, bukan dianjurkan Perikatan Nasional (PN) sebaliknya oleh komuniti perniagaan Cina tempatan.

PN akhirnya jawab video tarian seksi dihadiri Muhyiddin di Johor yang tular di media sosial
Perikatan Nasional jawab video tarian seksi dihadiri Muhyiddin di Johor yang tular di media sosial

Setiausaha Eksekutif PN, Saiful Adli Mohd Arshad, dalam kenyataan hari ini berkata kehadiran pemimpin gabungan itu adalah atas jemputan penganjur.

Kenyataan Saiful menyusul bagi menjawab tohmahan susulan penularan video yang memaparkan kehadiran pemimpin PN pada majlis makan malam itu.

Mereka termasuk Pengerusi PN merangkap Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung Bersatu Hamzah Zainudin dan Presiden Gerakan Dominic Lau.

“Program bukan anjuran PN dan kehadiran pemimpin PN adalah atas jemputan. Persembahan adalah anjuran penganjur,” kata Saiful.

Terdahulu, video berdurasi 12 saat tular di media sosial memaparkan beberapa wanita berpakaian seksi menari secara provokatif di hadapan pemimpin politik tertinggi.

Dalam persembahan itu, semua tetamu dihiburkan dengan siri tarian yang digandingkan dengan lagu popular penyanyi antarabangsa seperti Candyman dan Ain’t No Other Man oleh Christina Aguilera, Pump It (Bond) dan Upside Down (Paloma Faith).

Kira-kira 800 tetamu hadir pada majlis makan malam turut menampilkan tokoh dikenali ramai iaitu Tan Choon Hwa yang juga Pengerusi Eksekutif TCH Resources Group.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan