Aplikasi e-Filing adalah merupakan sistem yang membolehkan pembayar cukai membuat pengisian dan menghantar Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) dan borang anggaran secara dalam talian. Ini merupakan panduan cara-cara mengisi maklumat E-Filing Cukai Pendapatan 2021.
Justeru terdapat perbezaan berbanding taksiran terdahulu. Kami yakin semua sudah cukup tahu yang rakyat Malaysia yang sudah bekerja dan cukup syarat diwajibkan untuk membuat pentaksiran cukai dengan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).
Oleh itu setiap Mac, mereka yang layak ini perlulah mengisytiharkan pendapatan mereka sekaligus membayar cukai sekiranya perlu.
Dengan teknologi yang semakin canggih, ramai dari pembayar cukai kini dilihat lebih selesa menggunakan kaedah e-Filing iaitu penghantaran Borang Nyata Cukai Pendapatan (BNCP) secara elektronik menerusi laman web LHDN.
Mungkin isu ini bukanlah satu perkara besar untuk mereka yang sudah lama menggunakan e-Filing, namun bagi anda yang pertama kali, pasti ia agak merumitkan.
Namun usah khuatir kerana seorang Perunding dan Penganalisis Kewangan (CFP, IFP) Nizamuddin Jasman telah berkongsi panduan lengkap yang pasti memudahkan anda untuk mengisi e-Filing bagi tahun 2021 menerusi satu perkongsian di Twitter miliknya.
Jom kita ikuti perkongsian beliau di bawah:
Panduan isi e-Filing (Tahun taksiran 2021)
Ini adalah untuk tahun taksiran 2021, jadi ada beberapa perbezaan dari tahun 2019/2020 ya. Interface juga lengkap dengan fungsi dashboard.
Sila pilih Borang e-Filing tahun 2021, seperti paparan di atas
Login dan click e-Filing 2021
- Login ke ezHasil Website.
- Jika pertama kali menggunakan e-Filing, klik sahaja saja butang First time login. Boleh apply pin online sekarang.
- Cari e-BE Tahun Taksiran 2021.
Part 1: Isi maklumat diri dan juga pasangan
Jikalau anda ada pasangan yang bekerja sangat digalakkan buat berasingan kerana tax relief yang banyak boleh anda manfaatkan. Nak buat asing-asing juga tiada masalah.
Part 2: Masukkan profile lain dan tuntutan insentif (jika ada)
Cukai ditanggung majikan : Kebiasannya hanya expatriate sahaja cukai mereka dibayar majikan. Boleh rujuk EA Form anda. Kalau anda pilih ya, get ready next year jumlah cukai yang perlu dibayar akan meningkat.
Part 3: Masukkan Jumlah Pendapatan anda
- Boleh dapatkan jumlah pendapatan dari “EA Form” anda.
- Bonus + Cash Benefit from Company semua ni dikira sebagai employment income.
- Kalau ada rumah sewa atau side income pon boleh diletakkan disini.
Part 4: Masukkan pelepasan cukai anda
Terdapat 3 seksyen untuk pelepasan ini (rujuk gambar di bawah)
- Ada extra (Refer “Special for 2021)
- Tiada lagi RM 3,000-perbelanjaan untuk ibu bapa.
- Pembelian gadjet tambahan RM2.5k masih ada.
- Ada tambahan tax relief untuk covid test.
Part 5: Check Rumusan
Disini anda akan tahu pada kadar berapa % anda dikenakan cukai. Semakin banyak tax relief anda letak, maka makin kurang kadar cukai anda. Jadilah rakyat yang bijak
0 Ulasan