Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Mu fitnah anak aku...?” Kecoh wanita ‘serang’ pekerja kedai gara-gara menuduh anaknnya mencuri

“Mu fitnah anak aku?” Kecoh wanita ‘serang’ pekerja gara-gara menuduh anaknnya mencuri... merupakan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang ibu kelihatan mengamuk gara-gara anak lelakinya dituduh mencuri oleh seorang pekerja kedai serbaneka mencuri perhatian ramai.

Kecoh wanita ‘serang’ pekerja gara-gara menuduh anaknnya mencuri
Kecoh wanita ‘serang’ pekerja gara-gara menuduh anaknnya mencuri

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @real_life669, wanita ini dilihat gagal mengawal perasaan dan tidak berpuas hati dengan dakwaan tersebut serta meminta penjelasan daripada pekerja berkenaan.

Difahamkan video tersebut dibuat secara live kepada para pengikutnya dan wanita ini cuba mempertahankan anaknya yang dikatakan mencuri di kedai berkenaan.

“Mu ada anak tak? Tak apa kita buat live. Sebab kita tak nak ceroboh kedai awak. Sekurang-kurangya pengajaran kepada pelanggan lain supaya awak tidak tuduh.”

“Kalau kita ada maruah, kita akan pertahankan anak. Macam mana perasaan kamu? Anak aku tak akan ambil hak orang.”

Tidak cukup dengan itu, wanita yang mengelarkan dirinya sebagai ‘kak long’ ini juga dilihat menendang barangan yang berada di kedai tersebut dengan keadaan menangis teresak-esak.

Wanita ini turut meminta pekerja kedai tersebut membuat laporan polis sekiranya benar anaknya mencuri. Mengulas lebih lanjut, wanita ini turut meminta supaya rakaman litar tertutup (CCTV) dilihat sebagai bukti.

“Kalau mu orang susah mu tak akan fitnah orang anak gitu. Mu fitnah anak aku kata anak aku curi.”

“Adik masuk tadi pastu pergi dekat mainan tu. Dia tanya adik curi ke? Lepas itu adik cakap tidak..”

Meninjau sebuah lagi video lain, pengurus kedai berkenaan mendakwa dia sama sekali tidak marah akan kanak-kanak tersebut dan menafikan sekeras-kerasnya.

Pun begitu, anak kepada wanita ini memberitahu dia tidak mencuri barangan di kedia tersebut dan dalam masa yang sama pekerja kedia itu bertindak memarahinya dan mengatakan dia mencuri.

“Aku tahu anak aku bagi berapa ringgit sehari. Sekarang kita bertindak mengikut undang-undang. Lepas ini aku tak mahu kamu tuduh anak saya. Memang saya tinggi suara sebab staff **** marah dia.”

Video yang tular di laman TikTok:

Meninjau di ruangan TikTok, para netizen memberikan pendapat masing-masing malah dalam masa yang sama ada juga yang ingin melihat rakaman CCTV sebagai bukti kerana bagi netizen, kita tidak boleh sebarangan menuduh.

Berikut merupakan komen daripada warga maya:

Komen Kecoh wanita ‘serang’ pekerja gara-gara menuduh anaknnya mencuri


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan