Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Wanita 'tangan panjang', curi telefon bimbit ibu hamil yang tertinggal di kaunter

JIKA kita berhati mulia, tidak akan tergamak mengambil hak orang lain. Apabila menemui barang yang bukan hak milik kita, lebih-lebih lagi barang yang berharga, pastinya kita akan cuba mencari dan menyerahkan kembali kepada pemiliknya. Tetapi sesetengah orang yang berperangai 'tangan panjang', jika ada peluang untuk mencuri, dia akan melakukannya.

Wanita 'tangan panjang'. curi telefon bimbit kepunyaan ibu hamil yang tertinggal di kaunter
Gambar tangkap layar video wanita 'tangan panjang'. curi telefon bimbit kepunyaan ibu hamil yang tertinggal di kaunter  

Semalam, tular di media sosial video dari rakaman CCTV, yang menunjukkan seorang wanita mengambil telefon bimbit milik seorang ibu hamil yang tertinggal, jenis Phone 13 Pro Max di sebuah kedai bakeri di Melati Mall.

Individu yang memuat naik hantaran di Facebook, Fazrin Ghazali, berkata, kejadian itu berlaku pada jam 4.42 petang Selasa, 22 Februari 2022. Mangsa yang juga seorang ibu hamil mengakui tertinggal telefon bimbitnya di kaunter pembayaran.

"Ada seorang customer (mangsa) ni beli barang di kedai saya. Bila buat pembayaran, dia letak handphone atas meja cashier tu. Dah selesai semua, dia terus pergi tanpa menyedari handphonenya tertinggal di situ.

"Datang pula pelanggan yang seterusnya (dalam video) untuk buat pembayaran dan dia ternampak ada iPhone di atas tu dan berlakulah kejadian seperti dalam CCTV itu," katanya.

Menurut Fazrin, kakitangannya tidak menyedari mangsa tertinggal handphone di situ kerana sibuk. Tidak beberapa lama kemudian, mangsa datang bertanya mengenai handphone tersebut.

Setelah memeriksa rakaman CCTV, mangsa terus membuat laporan dan polis datang ke lokasi untuk membuat siasatan.

"Kami cuma membantu apa yang boleh sebab kasihan dengan pemilik handphone itu ibu mengandung. Menangis dia tadi.

"Kepada puan (tudung baju warna olive green) yang mengambil handphone customer itu, minta tampil bagi kerjasama," katanya.

Sementara itu, mangsa, Nalissa Azmee (@tatarowk) cuba membuat panggilan ke telefon bimbitnya, namun gagal kerana nombor tersebut telah disekat.

"Tolong saya dapatkan semula telefon itu sebab dokumen perjalanan saya ke umrah pada hujung minggu ini semua ada dalam telefon itu," katanya.

Sumber: FB Fazrin Ghazali



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan