Video tular suami pukul isteri depan anak kerana enggan rujuk, orang ramai masuk campur leraikan |
Kejadian yang memalukan ini berlaku di Tasik Bandar Darulaman, Jitra, Kedah itu memaksa orang awam masuk campur untuk meleraikan pergaduhan.
Memetik laporan Harian Metro, si suami dipercayai naik berang apabila isterinya enggan kembali hidup bersama. Suspek dipercayai bertindak memukul belakang badan serta menarik rambut mangsa.
Video yang tular
Dia jadi tak gempak. Dia nampak memalukan bila kau marah bini depan orang. Apa lagi sampai tahap maki hamun,pukul bini depan orang. Brader pegang spanar tu betul tahan sabar tu. Kalau tidak bocor kepala laki bodo tu. pic.twitter.com/MklOgjMWqx
— Ustaz Edit Lew (@rudyakhbar_) January 30, 2022
Pasangan itu kini dalam proses untuk berpisah dan mereka tinggal berasingan sejak 8 November lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan, suspek kini diburu polis selepas video tersebar di media sosial.
Suspek dikatakan berhenti memukul mangsa dan lari selepas orang awam mahu membuat laporan polis.
Siasatan awal mendapati suspek mempunyai rekod lampau membabitkan kes pukul sehingga mendatangkan kecederaan. Kini pihak polis masih berusaha untuk mengesan suspek.
Ketika kejadian, wanita berusia 22 tahun itu pergi ke kawasan tasik untuk mengambil anak perempuannya berusia enam tahun yang dijaga sementara oleh suspek.
Suspek dipercayai memukul mangsa menyebabkan dia menjerit meminta tolong sebelum orang awam datang membantu.
Katanya lagi, polis dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kubang Pasu membuat pemeriksaan di sebuah rumah tidak bernombor di belakang pasar Changlun namun rumah didapati berkunci dan tiada orang.
Sumber: Harian Metro
0 Ulasan