Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Caj RM1 pengeluaran antara bank melalui ATM akan dikenakan kembali bermula 1 Februari

BERMULA hari ini 1 Februari 2022, setiap transaksi pengeluaran wang antara bank menerusi mesin pengeluaran automatik (ATM) akan kembali dikenakan caj RM1.

Caj RM1 pengeluaran antara bank melalui ATM akan dikenakan kembali bermula 1 Februari
Caj RM1 pengeluaran antara bank melalui ATM akan dikenakan kembali bermula 1 Februari

Perkara ini sudah dimaklumkan oleh beberapa bank di Malaysia pada Disember tahun lalu antaranya Maybank, CIMB, Citibank, Bank Islam, RHB Bank, Kuwait Finance House, HSBC dan lain-lain.

Pengumuman dari CIMB



“Berkuat kuasa pada 1 Februari 2022, caj transaksi RM1.00 akan dikenakan keatas pengeluaran wang tunai antara bank untuk transaksi yang dilakukan di mesin ATM/mesin layan diri bukan CIMB Bank/ CIMB Islamic.


“Anda masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj di mesin ATM/ mesin layan diri kami,” memetik kenyataan yang dikongsikan CIMB di Facebook mereka.

Pengumuman dari Maybank

Malah Maybank turut berkongsikan makluman sedemikian di media sosial mereka pada hari yang sama.


Pengumuman tersebut dibuat sehari selepas Citibank dan KFH memaklumkan yang pelanggan mereka akan dikenakan caj sekiranya membuat pengeluaran wang tunai di mesin ATM milik bank lain.


Baca: Pemegang akaun CIMB bengang, baki akaun negatif, terima notifikasi ‛berhutang’ dengan bank

Terdahulu kerajaan pada 6 April 2020 telah memperkenalkan pengecualian caj pada sistem MEPS bagi membolehkan orang ramai untuk mengeluarkan wang tunai daripada ATM yang berkongsi sistem MEPS tanpa perlu dikenakan caj RM1 ekoran dari pelaksaaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan