Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Suami paling bahagia!. isteri benarkan kahwin lagi, tinggal serumah bersama 7 madu

SEJAK kebelakangan ini sebuah kisah poligami di negara jiran, Thailand menjadi perhatian ramai. Tidak kurang hebatnya kisah poligami dari Indonesia.

Suami bahagia!... Isteri benarkan kahwin lagi, isteri pertama aman tinggal bersama 7 madu
Suami bahagia!... Isteri benarkan kahwin lagi, isteri pertama aman tinggal bersama 7 madu

Seperti yang kita semua ketahui, lazimnya agak sukar bagi kebanyakan lelaki berpoligami untuk hidup harmoni walaupun hanya dua isteri dalam satu rumah.

Pelik tetapi benar, wawancara lelaki ini mengejutkan ramai apabila kisahnya hidup sebumbung bersama lapan orang isteri tular di media sosial .

Menurut Oddity Central, lelaki dikenali sebagai Ong Dam Sorot mempunyai profesion sebagai artis tatu.


Dia menjadi terkenal selepas muncul dalam rancangan TV yang menceritakan kisah poligaminya. Video wawancara itu telah ditonton lebih daripada tiga juta kali di YouTube sahaja.

Dalam temu bual, Sorot memberitahu isteri-isterinya bergaul dengan baik antara satu sama lain.

Bagaikan keluarga besar, mereka berkongsi hubungan yang harmoni tanpa pertelingkahan.

Jatuh cinta pandang pertama

Cara dia bertemu dengan isteri-isteri mudanya juga agak menarik. Semasa temu bual, Sorot mendedahkan bahawa dia bertemu isteri pertamanya, Nong Sprite, di majlis perkahwinan rakannya.

Manakala isteri keduanya, Nong L jatuh cinta pandang pertama ketika bertemi di sebuah pasar. Namun yang menjadi keanehan, walaupun mengetahui Sorot sudah beristeri, wanita itu tetap bersetuju untuk mengikat tali pertunangan.

Dalam temu bual itu, Sorot bahawa dia bertemu isteri ketiganya di sebuah hospital.

Bagi isteri keempat, kelima dan keenam, masing-masing ditemui lelaki itu menerusi media sosial Instagram, Facebook, dan TikTok.

Sorot, yang tidak dapat berpuas hati dengan semua cinta yang telah diterima daripada enam isteri mudanya, bertemu seorang lagi wanita bernama Nong Film semasa dia melawat kuil bersama ibunya.

Menurut penerbitan itu, Sorot bertemu isteri kelapan dan terakhirnya bernama Nong Mai, semasa bercuti di Pattaya.

Bagaimanapun apa yang anehnya, empat isteri Sorot turut menemani suami mereka sepanjang percutian berkenaan semasa dia jatuh cinta sekali lagi.

Prihatin di mata isteri

Rahsia perkahwinannya harmoni dan sejahtera adalah sifatnya yang menawan lagi penyayang.

Bercakap kepada saluran TV tersebut, semua isteri Sorot sebulat suara bersetuju bahawa suami mereka lelaki yang sangat prihatin dan bertimbang rasa.

"Dia mungkin lelaki yang paling prihatin dan bertimbang rasa yang pernah kami lihat.

"Dia melayan kami dengan baik, kami tidak mempunyai apa-apa untuk bertengkar," kata mereka dipetik Oddity Central.



Menurut laporan itu, Sorot sudah mempunyai seorang anak lelaki dengan isteri pertama dan kini sedang menunggu kelahiran cahaya mata kedua dan ketiga tidak lama lagi.

Bukan kerana wang

Apabila ditanya mengapa memilih untuk mengahwini lelaki yang sudah berkahwin, -isteri-isteri Sorot berkata mereka jatuh cinta kepada lelaki itu. Ia sekali gus menafikan khabar angin perkahwinan yang terbina kerana wang.

Baca: [Video] “Saya minta suami cari isteri sebab nak berteman” Mimi kini bahagia dengan 3 madu...

Dalam pada itu, Sorot turut bercerita mengenai isteri-isterinya.


"Setiap ahli keluarga mempunyai tugas mereka dan isteri saya memperoleh pendapatan mereka dengan bekerja.

“Ada yang menjual pelbagai produk makanan, kosmetik dan aksesori buatan tangan,” kata Sorot.

Terdahulu, seorang lelaki India, Ziona Chana mempunyai keluarga terbesar di dunia, dengan 38 isteri dan 89 anak. Bagaimanapun Chana telah meninggal dunia pada tahun 2021.


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan