Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Peningkatan mendadak, Singapura lapor 13,208 kes jangkitan Covid-19 baharu pada Jumaat

SINGAPURA: Singapura melaporkan 13,208 kes baharu akibat jangkitan Covid-19 pada Jumaat, peningkatan tiga kali ganda berbanding Khamis.

Peningkatan mendadak, Singapura lapor 13,208 kes jangkitan Covid-19 baharu pada Jumaat

Republik itu juga melaporkan enam kematian dalam tempoh 24 jam lepas, menurut data Kementerian Kesihatan (MOH) yang diterbitkan menerusi laman webnya.

Sepanjang 28 hari lepas, data menunjukkan bahawa 85,357 orang telah dijangkiti virus berkenaan dengan 99.7% tidak menunjukkan sebarang gejala atau hanya simptom tidak ketara.

Daripada jumlah itu, 0.3% memerlukan bantuan oksigen dan sokongan dan 0.04% ditempatkan di unit rawatan rapi.

Kadar jangkitan mingguan di Singapura berada pada 1.39 pada Jumaat, meningkat daripada 1.23 pada Khamis.

Statistic: Number of new COVID-19 cases daily in Singapore as of February 3, 2022 | Statista

Find more statistics at Statista

Jumlah kes akibat Covid-19 kini mencecah 379,681, dengan 866 kematian.

Sehingga 3 Feb, 89% penduduknya telah lengkap divaksin atau menerima dua dos vaksin Covid-19, dan 59% telah menerima suntikan penggalak.

Baca juga:

Singapura melaporkan 71 kes Covid-19 varian Omicron setakat Isnin (20 Dis)
Kementerian Kesihatan Singapura kesan 24 kes baharu Covid-19 varian Omicron


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan