Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Jangkitan harian Covid-19 terus mencatatkan peningkatan dengan 22,802 kes hari ini

PUTRAJAYA – Jangkitan harian Covid-19 terus mencatatkan peningkatan dengan 22,802 kes dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 3,019,163 kes.

Jangkitan harian Covid-19 terus mencatatkan peningkatan dengan 22,802 kes

Menerusi maklumat yang dikongsi oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah di laman Twitter, daripada jumlah tersebut, 104 kes (0.46 peratus) kategori tiga, empat dan lima serta 22,698 kes (99.54 peratus) kategori satu dan dua.

Mengikut pecahan, kategori satu sebanyak 5,029 kes (22.05 peratus), kategori dua sebanyak 17,669 kes (77.49 peratus), kategori tiga sebanyak 82 kes (0.36 peratus), kategori empat sebanyak 14 kes (0.06 peratus) dan kategori lima pula dengan lapan kes (0.04 peratus).



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan