KUALA LUMPUR: Sumber berita BH online melaporkan, bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Astro Malaysia Holdings Bhd (ASTRO), Datuk Rohana Rozhan, dipanggil semula Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk dirakam keterangan, hari ini.
Ekoran pendedahan Leissner, bekas CEO Astro, Rohana Rozhan dipanggil semula SPRM |
Ia bagi membantu siasatan dakwaan bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc, Tim Leissner, yang memberi keterangan di mahkamah bahawa diperas ugut wanita itu dalam pembelian sebuah rumah di London bernilai lebih AS$10 juta (RM41.8 juta) menggunakan wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Seperti yang dilaporkan oleh Bloomberg. Leissner berkata:
Jika saya tidak membelikannya rumah itu, dia akan memberitahu pihak berkuasa tentang penglibatan saya dalam skandal 1MDB.
Dia mengugut untuk dedahkan penglibatan saya. Pada masa itu, pada 2013, saya sangat takut ia berlaku...
Sumber berkata, percakapan Rohana direkod di ibu pejabat SPRM di Putrajaya selama tiga jam berakhir 12 tengah hari tadi.
"Kita sambung ambil keterangan wanita itu hari ini, bagi menjelaskan beberapa isu. Turut dirampas dokumen kewangan bagi membantu siasatan," katanya kepada BH, hari ini.
Tim Leissner mengaku beli rumah mewah di London untuk bekas kekasih Melayunya guna wang 1MDB |
Baca: Tim Leissner mengaku beli rumah mewah di London untuk bekas kekasih Melayunya guna wang 1MDB
Khamis lalu, SPRM merakam percakapan Rohana selama lebih lapan jam bermula jam 9 pagi, membabitkan siasatan pemberian rumah berkenaan.
Sebelum ini, Bloomberg melaporkan Leissner mendakwa seorang CEO organisasi media yang mempunyai hubungan sulit dengannya, memeras ugut untuk dibelikan rumah dan nama Rohana antara yang disebut.
Leissner dalam keterangannya berkata, hubungan berkenaan bermula pada 2003 hingga 2013.
Beliau mendakwa pernah membelikan Rohana rumah di London pada 2013 selepas diugut untuk didedahkan pembabitannya dalam skandal 1MDB.
Sumber: BH Online
0 Ulasan