MESKIPUN kita peka setiap kali memandu dan tidak melanggar undang-undang jalan raya namun dek kerana sikap tidak beranggungjawab pemandu lain kita boleh menjadi mangsa kemalangan.
Buka pintu kereta di tengah jalan, penumpang Toyata Vios dikecam punca motosikal kemalangan |
Baru-baru ini, tular satu rakaman video dashcam sebuah motosikal yang dinaiki dua orang wanita melanggar kereta lain apabila cuba mengelak sebuah kenderaan Toyota Vios di lorong kanan secara tiba-tiba membuka pintu kereta.
Difahamkan, kejadian didakwa berlaku di Melaka. Dapat dilihat sebaik sahaja jatuh pembonceng motosikal berkenaan terus ke kereta Vios berkenaan.
Baca juga: [Video] Dah la potong Q dekat ‛traffic light’, lepas tu ‛block’ kereta sesuka hati ajak bergaduh...
Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang tertanya-tanya mengapa penumpang Vios itu membuka pintu ketika berada di tengah jalan raya.
Malah, ramai yang mengecam tindakan penumpang Vios berkenaan yang mementingkan diri sehingga menjadi punca motosikal itu kemalangan.
0 Ulasan