Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

[Video] Pemilik anjing pecahkan kereta selepas anjingnya mati dilanggar, pelbagai reaksi netizen

Setiap pencinta haiwan pasti akan sedih lebih-lebih lagi jika haiwan peliharaan mereka mati. Namun, lebih kesal jika ada yang mati akibat dilanggar disebabkan kecuaian pemandu.

Pemilik anjing pecahkan kereta selepas anjingnya mati dilanggar, pelbagai reaksi netizen
Pemilik anjing pecahkan kereta selepas anjingnya mati dilanggar, pelbagai reaksi netizen

Baru-baru ini, tular video dikongsikan di aplikasi TikTok memaparkan pemilik anjing bertindak memecahkan kereta pemandu selepas anjingnya mati dilanggar. Kejadian dipercayai berlaku di Taiping, Perak.

Menerusi video tersebut, pemilik anjing berkenaan yang membawa sebatang kayu memecahkan cermin kereta pemandu berkenaan.


Diruangan komen, ada netizen berkongsikan kisah sebenar dimana anjing tersebut tidak dilepaskan tetapi sedang berjalan dipercayai bersama bapa kepada pemilik anjing memandangkan dapat dilihat anjing tersebut memakai tali dan mereka dilanggar oleh pemandu berkenaan.

@goodymy_official Poor dog tho :( #TrendingNewsMalaysia #tiktokmalaysia #malaysiatiktok #trending #viral #viralvideo #fyp #foryoupage ♬ original sound - goodymy_official


Lebih mengundang kemarahan netizen, ada yang mendengar gadis yang merakam video tersebut mengatakan ‘its just a dead dog’.

Sementara itu, seorang netizen mengatakan pemandu tersebut cuba untuk lari selepas melanggar kerana tidak mahu bertanggungjawab di atas kemalangan berkenaan.


Dalam pada itu, rata-rata netizen meluahkan rasa marah serta mengatakan di kawasan perumahan tidak boleh memandu laju.

Kata netizen lagi, memang patut lelaki tersebut mengamuk kerana jika mereka berada di tempat yang sama pasti akan bertindak sedemikian.


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan