Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Suami ‛pergi’ mengejut ketika sedang sarapan, Isteri nafi andaian punca dos penggalak

Berlaku di sebuah restoran pagi tadi (19.1.2022) di Bukit Sentosa, orang ramai dikejutkan dengan kematian seorang lelaki yang sedang sarapan. Gambar arwah tersebar dan orang ramai mula membuat andaian kematian lelaki ini berpunca dari dos penggalak.

Hamsan meninggal dunia ketika bersarapan di sebuah restoran di Bukit Sentosa, Rawang, hari ini
Hamsan meninggal dunia ketika bersarapan di sebuah restoran di Bukit Sentosa, Rawang, hari ini

Dakwaan liar itu bagaimanapun dinafikan isteri arwah, Rabunah Abdu Rashid dan menjelaskan suaminya Hamsan Hashim memang ada penyakit jantung dan darah tinggi.

Sebelum kejadian, suami memaklumkan dia mahu bersarapan dengan rakannya di restoran berkenaan yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah kami sebelum pergi ke tempat kerja.

Kira-kira 7.15 pagi saya menerima panggila daripada seseorang yang memaklumkan suami pengsan di restoran terbabit sebelum saya bergegas ke sana.

Sebaik tiba, saya melihat suami sudah tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia.

Menurut Rabunah, arwah suaminya itu menghidap dua penyakit berkenaan sejak 5 tahun lalu dan mendapatkan pemeriksaan perubatan setiap bulan di Hospital Selayang.

Arwah turut disahkan menerima suntikan dos penggalak pada 12 Januari lepas tetapi tidak mengeluh dan mengadu apa-apa simptom yang serius.

Arwah hanya mengalami lenguh pada bahagian tangan selepas menerima suntikan.

Saya meminta mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu ini supaya berhenti berbuat demikian.

Saya dan keluarga termasuk tiga anak berusia 13 hingga 20 tahun reda dengan pemergian suami.


Jenazah Hamsan telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Beruntung pada jam 3 petang tadi. Semoga roh arwah ditempatkan bersama orang beriman dan salam takziah buat keluarga. Al-Fatihah.

Kredit: Harian Metro


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan