Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Situasi terkini kluster Covid-19 melibatkan jemaah umrah yang pulang dari Arab Saudi

SITUASI TERKINI KLUSTER COVID-19 MELIBATKAN JEMAAH UMRAH

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bermula 25 November 2021 sehingga 11 Januari 2022, terdapat sebanyak 16 kluster melibatkan jemaah umrah yang pulang dari Arab Saudi.

Situasi terkini kluster Covid-19 melibatkan jemaah umrah yang pulang dari Arab Saudi
Situasi terkini kluster Covid-19 melibatkan jemaah umrah yang pulang dari Arab Saudi

Daripada 16 kluster tersebut, tujuh (7) kluster melibatkan kes indeks disahkan varian Omicron, enam (6) kluster melibatkan kes indeks Presumptive Omicron yang sedang menunggu keputusan Whole Genome Sequencing (WGS), dan tiga (3) kluster melibatkan kes indeks positif COVID-19 bukan varian Omicron.

Daripada jumlah kluster tersebut:

• empat (4) kluster melibatkan kes-kes dari negeri Pahang;
• tiga (3) kluster melibatkan kes-kes dari negeri Kelantan;
• tiga (3) kluster melibatkan kes-kes dari negeri Kedah;
• dua (2) kluster melibatkan kes-kes dari negeri Johor;
• satu (1) kluster melibatkan kes-kes dari negeri Sabah;
• satu (1) kluster melibatkan kes-kes dari Wilayah Persekutuan Labuan;
• satu (1) kluster melibatkan kes-kes dari negeri Pahang dan Johor;
• manakala satu (1) kluster lagi melibatkan kes-kes dari negeri Kedah, Selangor, dan Pulau Pinang.

1. Kluster Keratong 5 Saudi di Rompin Pahang merupakan kluster dengan jumlah kes yang paling tinggi iaitu 36 kes. Kes indeks bagi kluster ini adalah disahkan varian Omicron dengan dua (2) kes jangkitan import dan 34 kes kontak keluarga. Kes-kes dalam kluster ini merupakan ahli keluarga dari negeri Pahang dan Johor dengan kadar positiviti sebanyak 81.8 peratus. Terdapat dua (2) lagi kluster yang melibatkan jemaah umrah dalam daerah yang sama iaitu Kluster Rumah Kedai Keratong 5 Saudi dan Kluster Keratong 2 Saudi.

2. Kluster Rumah Kedai Keratong 5 Saudi melibatkan 9 kes yang terdiri daripada satu (1) kes indeks presumptive Omicron yang merupakan kes jangkitan import dan lapan (8) kes kontak keluarga. Kadar positiviti adalah sebanyak 75 peratus.

Baca: Kerajaan tangguh sementra perjalanan umrah, bimbang penularan varian Omicron

3. Kluster Keratong 2 Saudi pula melibatkan 11 kes di mana dua (2) kes merupakan jangkitan import dan sembilan (9) kes adalah kontak keluarga dengan kadar positiviti kluster sebanyak 78.6 peratus. Walau bagaimanapun, kes indeks dari Kluster Keratong 2 Saudi ini bukanlah kes varian Omicron. Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sedang dilaksanakan di Felda Keratong 5, Rompin, Pahang bermula 6 Januari 2022 hingga 19 Januari 2022 untuk mengekang penularan jangkitan COVID-19 kepada komuniti.

4. Bagi negeri Kelantan, Kluster Chiku 01 Saudi melibatkan 19 kes di mana tiga (3) kes indeks adalah disahkan varian Omicron dengan enam (6) kes jangkitan import manakala 13 kes adalah kontak keluarga. Kadar positiviti kluster ini adalah sebanyak 76.0 peratus.

Baca: Dr Izzar bengang jemaah umrah menipu status suntikan vaksin, Ini kata-kata padu beliau

5. Kluster Kampung Tok Panjang Saudi pula melibatkan 13 kes jangkitan import dan tiga (3) kes kontak keluarga. Kes indeks untuk kluster ini adalah kes Presumptive varian Omicron dengan kadar positiviti sebanyak 88.9 peratus.

6. Kluster Jalan 2 Saudi pula melibatkan enam (6) kes di mana satu (1) kes merupakan jangkitan import dan lima (5) kes merupakan kontak keluarga dengan kes indeks bukan varian Omicron serta kadar positiviti kluster sebanyak 66.7 peratus.


7. Selain daripada itu, Kluster Jalan OKK Awang Besar Saudi dari Wilayah Persekutuan Labuan melibatkan seramai 19 orang dengan 11 kes merupakan jangkitan import dan lapan (8) kes adalah kontak keluarga. Kes indeks merupakan kes Presumptive varian Omicron dengan kadar positiviti sebanyak 12.8 peratus.

Baca: “Saya mengaku tak vaksin dan bawa orang tak vaksin ke Saudi” – Penceramah bebas

8. Di Sabah pula, Kluster Millenium Saudi melibatkan 18 kes iaitu 13 kes jangkitan import dan lima (5) kes kontak keluarga. Kes indeks adalah kes Presumptive varian Omicron dengan kadar positiviti sebanyak 30.5 peratus.

Sebanyak 456 individu telah disaring dalam kluster jemaah umrah ini di mana terdapat 219 kes positif telah dikenalpasti seterusnya menjadikan kadar positiviti sebanyak 48 peratus. Daripada 219 kes tersebut, kesemua kes merupakan kategori 1 dan 2, dan sehingga kini tiada kes yang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU),

Kementerian Kesihatan Malaysia
t.me/Covid_19Malaysia
#RakyatJagaRakyat
#DaruratBanjir
#EndemikMalaysia


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan