Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Ibu setiap hari tanya, ada ke kawan yang boleh berjumpa dengannya..”. Shuib balas kecaman netizen soal jodoh

Genap lima bulan pemergian arwah isterinya, Siti Sarah Raisuddin, Shuib menjadi sasaran kecaman netizen hanya kerana soal jodoh yang disifatkan masih terlalu awal untuk dibicarakan.

Shuib balas kecaman netizen soal jodoh
APA lebih penting untuk Shuib sekarang ialah anak-anak dan reda keluarganya.

Shuib yang juga seorang usahawan dan pelawak bagaimanapun tidak kisah dengan pandangan netizen kerana sudah lali dengan situasi berkenaan.

“Bab kena kecam ini saya tidak kisah orang mahu cakap apa. Sebab yang rasa itu saya, selagi saya tidak kacau dan kata orang okeylah. Saya tidak boleh tutup mulut orang,” tutur Shuib.

Ditebak tentang tempoh lima bulan yang dikatakan masih terlalu awal untuk membicarakan soal jodoh, jelas Shuib dia tidak perlu mengambil kira pandangan orang lain selain ibu dan keluarganya sahaja.

“Contoh saya katakan sudah lima bulan ini mahu cari jodoh, nanti orang kata dulu beria- ria sedih sangat sekarang seperti cepat sangat hendak mencari jodoh.

“Ada pihak lain pula kata betullah, kalau seorang diri hendak buat apa. Jika depresi siapa yang hendak tanggung? Jadi, saya tidak perlu dengar kerana terlalu banyak pendapat orang.

“Saya hanya perlu dengar kata ibu, ibu bapa mertua dan keluarga saya. Sebabnya yang ada dengan saya bukan netizen, tetapi keluarga saya. Jika ssya menangis dan tertonggeng di rumah tidak ada netizen datang bertanya khabar, saya okey atau tidak.

Baca: [Video] “Suruh daddy kahwin? Nak mak tiri ke? Berani ke?...” — Usik ibu Shuib kepada cucunya

“Oleh sebab itu, saya hanya mahu fokus pada kehidupan saya sahaja,” kata Shuib yang ditemui pada majlis pelancaran kempen Loveta X Anzalna disini sebentar tadi.

Dalam pada itu, Shuib turut berkongsi ramai wanita yang menghantar mesej untuk berkenalan menerusi laman sosial, dia bagaimanapun mengambil langkah untuk tidak mengambil serius perkara tersebut.

“Ibu setiap hari tanya, ada ke kawan yang boleh saya bawa berjumpa dengannya. Ramailah wanita yang menghantar mesej menerusi laman sosial bertanya khabar, tetapi saya takut.

“Jika mahu mencari jodoh perlu persetujuan daripada ibu dan anak-anak. Kalau saya yang suka tetapi anak-anak tidak okey memang tidak akan jadi. Buat masa ini saya serahkan kepada Allah sahaja,” tutur Shuib.

Shuib kini memikul tanggungjawab sebagai bapa tunggal kepada empat orang anak selepas isterinya penyanyi Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.

Hasil perkahwinan bersama Siti Sarah, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia lima bulan.

Sumber Kosmo Online


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan