Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

[Video] Aksi wanita Rohingya minta sedekah lagi agresif, sampai masuk kawasan rumah

Kisah kanak-kanak dipercayai keturunan Rohingya yang bertindak kasar ke atas pengguna jalan raya semasa meminta sedekah di persimpangan lampu isyarat baru-baru ini telah mengundang kemarahan orang ramai.

Aksi wanita Rohingya minta sedekah lagi agresif, sampai masuk kawasan rumah
Gambar tangkap layar video aksi wanita Rohingya minta sedekah lagi agresif, sampai masuk kawasan rumah. TikTok @idaaleesa

Terbaharu, tular sebuah video yang memaparkan dua orang wanita yang juga warga Rohingya bertindak melampau dengan memasuki kawasan rumah awam sesuka hati dan mengetuk pintu rumah untuk meminta sedekah.

Menerusi perkongsian seorang pengguna TikTok, @idaaleesa, dia yang berjaya merakam aksi wanita itu yang menunggu di depan pintu rumahnya telah mendapat perhatian orang ramai yang rata-rata mengecam tindakan golongan tersebut.

“Ada dua orang yang datang, seorang terlindung di sebalik baju yang tergantung.

“Kejadian berlaku di Batu Buruk, Terengganu. Rumah tiada pagar dan hanya tepi jalan, pintu rumah orang luar tidak nampak kita di dalam,” katanya.

Sementara itu, pelbagai reaksi turut diberikan di ruangan komen oleh pengguna yang lain.

“Semakin berani mereka, ini disebabkan kita beri sangat muka kepada mereka tinggal di Malaysia,” kata Wan Hamizah.

“Kalau saya, terus hubungi pihak polis dan ikut jejak mereka kemana, geram betul saya dengan golongan ini,” kata Miss Aen.

@idaaleesa kaum wanita rohingya memang mintak sedekah pergi rumah ke rumah eh? #thisisterengganu ♬ الصوت الأصلي - R


“Sebelum ini pun berlaku di rumah saya, nasib pintu pagar tutup, tiba-tiba saya jumpa dekat simpang naik van ramai-ramai,” kata Miss Zorra Torra.

Sumber – Kosmo Online


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan