Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Semoga Sha Hasan dimurahkan rezeki....” Abang Viva dah terima Mitsubishi Triton 4WD

Sebelum ini, ‘Abang viva’ atau nama sebenarnya Azwan Omar telah dihadiahkan sebuah motosikal jenis Yamaha XJ6S dari seorang individu misteri.

“Semoga Sha Hasan dimurahkan rezeki....” Abang Viva dah terima 4x4 Triton

Namun semalam, dia telah menerima satu lagi hadiah daripada seorang usahawan kosmetik, Wan Siti Aisyah Wan Hasan yang dikenali Sha Hasan.

Berita baik penerimaan sebuah kenderaan pacuan empat roda (4×4), Mitsubishi Triton tersebut dikongsikan melalui satu hantaran di laman Instagram milik usahawan kosmetik tersebut.


Dalam masa yang sama, ‘Abang Viva’ turut membuat sesi Facebook Live petang semalam dengan kehadiran Sha Hasan dan suaminya sendiri untuk menyerahkan kenderaan 4X4 itu dirumahnya.

Semasa penyerahan kenderaan itu, turut kelihatan kedua ibu bapa Azwan, menangis kesyukuran kerana anak mereka dikejutkan dengan hadiah yang langsung tidak disangka.

@iman91094 Kerta abang viva kita dh smpai…tahniah@abangvivaofficial ♬ bunyi asal - Q U E E N🦋F
Rata-rata orang ramai turut mengucapkan tahniah kepada Azwan dan serta mendoakan usahawan kosmetik itu diberi rezeki dari Allah kerana sikapnya itu.


“Siapa sangka, asbab hanya membantu mangsa-mangsa banjir untuk beberapa hari, orang ramai kenal ‘Abang Viva’ dan ada sahaja pihak untuk membantu dia.


“Semoga Sha Hasan dimurahkan rezeki, dan ‘Abang Viva’ diberi kesihatan yang baik untuk terus membantu orang yang memerlukan,” jelas Ardini Zahraa.



“Murah rezeki kalau orang baik dan suka tolong orang ini, dengan kereta Viva dia banyak mana dah orang dia tolong.

“Orang yang viralkan dia, bukan jenis yang ambil gambar sendiri post dalam Instagram tunjuk tolong orang, tahniah Abang Viva,” jelas Izwan Long Karim. – K! ONLINE


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan