Dipercayai, perkara itu tular apabila beberapa portal melaporkan pemberian kereta oleh usahawan itu ditolak kerana bertujuan untuk pemasaran semata-mata.
Baca: Usahawan jelita ingin hadiah kereta untuk Abang Viva Viral ini rupanya bukan biasa biasa
Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman sosial, Sha menjelaskan bahawa Abang Viva atau nama sebenarnya Azwan, 29, tidak pernah menolak tawarannya itu malah memberitahu akan menghubunginya selepas selesai membantu mangsa banjir di Pahang.
“Pada mulanya, saya hanya diamkan diri kerana tidak mahu keadaan bertambah teruk dan saya juga tidak memaksa Abang Viva untuk menerima pemberian saya itu.
“Dari awal niat saya ikhlas dan tidak lain tidak bukan untuk memberikan sumbangan demi memudahkan segala urusan untuk membantu lebih ramai orang.
“Malah Abang Viva pun tidak pernah tolak dan hanya menghantar mesej untuk menghubungi saya selepas ini,” katanya.
Dalam pada itu, Sha turut memuat naik beberapa gambar serta sebuah video menunjukkan perjumpaannya bersama Abang Viva di sebuah restoran di Bangi, Selangor semalam.
“Saya minta izin dengan abang Azwan untuk rakam video ini supaya dapat jelaskan kepada orang ramai yang membuat pelbagai andaian sebelum ini.
“Saya dan Abang Viva tidak ada masalah malah saya seronok dengar kisahnya yang menggalas tanggungjawab besar menjaga orang tuanya dan sekarang membantu orang ramai tanpa menghiraukan apa sahaja halangan,” ujarnya.
0 Ulasan