Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Rumah penuh sampah, kepala katil tercabut...” pemilik lega ‘penyewa dari neraka’ dah berambus

Malang sungguh pemilik rumah dapat penyewa seperti ini. Bagaikan mimpi ngeri. Begitulah yang dapat digambarkan mengenai nasib pemilik hartanah ini apabila dia berhadapan dengan "penyewa dari neraka".

Apartmen itu dikatakan terletak di Lembah Klang dan disewa oleh penduduk tempatan selama tiga bulan.
Apartmen itu dikatakan terletak di Lembah Klang dan disewa oleh penduduk tempatan selama tiga bulan.

Bayangkan, anda membeli sebuah apartmen sebagai pelaburan, namun penyewa pula membuat angkara sehingga kediaman indah bertukar menjadi mimpi ngeri buat pemiliknya.

ARTIKEL BERKAITAN:
Penyewa ‘jahanam’ tinggalkan rumah penuh sampah, najis sebelum pindah keluar


Koleksi foto-foto dalam kediaman itu turut dikongsi ke Facebook sebagai peringatan kepada pemilik hartanah yang lain.

Sehingga kini, posting berkenaan dikongsi lebih 3,000 kali di media sosial berkenaan.

Keadaan rumah itu yang dipenuhi sampah.
Keadaan rumah yang ditinggalkan penyewa, penuh sampah

Foto-foto itu mendedahkan bagaimana penyewa membuang topeng muka terpakai, gulungan tisu tandas, pakaian kotor, beg plastik, sisa kertas dan botol kosong di seluruh apartmen.


Lebih teruk, kelihatan katil juga sudah terpisah dengan bahagian kepala katil.

Tiada maklumat lanjut dikongsi, namun apartmen itu dikatakan terletak di Lembah Klang dan disewa oleh penduduk tempatan selama tiga bulan.

Dedah pemilik hartanah, dia bagaimanapun lega apabila penyewa berkenaan sudah tidak menetap di situ. - The Star.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan