KEADAAN di dalam rumah sewa milik Danny Hernon di Manchester, Britain |
Danny Hernon, 54, mula mencurigai ada yang tidak kena selepas penyewa tersebut enggan memulangkan kunci rumah biarpun dia sudah berpindah sejak lebih sebulan lalu.
Disebabkan itu, Hernon pergi ke rumah sewanya dan mendapati setiap sudut kediaman tersebut dipenuhi dengan sampah-sarap dan najis manusia.
Tidak dapat dipastikan bila kali terakhir Hernon datang melawat rumah tersebut, namun keadaan yang dilihatnya amat mengejutkan.
Jelas Hernon, jumlah itu terlalu sedikit untuk membersihkan keseluruhan rumah dan memaklumkan dia perlu mengeluarkan belanja sekurang-kurangnya 15,000 pound (RM84,215) bagi tujuan berkenaan.
“Saya tidak tahu bagaimana untuk gambarkan keadaan di rumah saya ketika ini. Situasinya amat teruk dengan sampah di sana sini. “Bagaimana dia boleh hidup dalam keadaan kotor dan jijik seperti ini? Soalnya.
Sumber: Utusan Online
0 Ulasan