Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Panggilan, mesej tidak dijawab, isteri jumpa mayat suami diikat, dibungkus dalam bilik rumah sewa

MISTERI panggilan tidak dijawab terungkai apabila seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tangan dan kaki terikat serta dibalut dengan kain, dipercayai dibunuh di sebuah rumah di Jalan Cenaga Baru, Kampung Repah, Tampin, Negeri Sembilan, petang tadi.

Panggilan, mesej tidak dijawab, isteri jumpa mayat suami diikat dan dibungkus dalam bilik rumah sewa
Gambar hiasan

Kejadian hanya disedari isteri mangsa pada jam 2.30 petang ketika wanita itu ke rumah sewa suaminya untuk melihat keadaannya selepas tidak menjawab mesej sejak semalam.

Ketua Polis Daerah Tampin, Anuwal Ab Wahab, berkata pihaknya menerima panggilan menerusi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Tampin yang memaklumkan seorang lelaki ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam sebuah rumah berkunci.


“Isteri bersama ibu dan anak pasangan itu ke rumah sewa lelaki berkenaan bagi melihat keadaan mangsa yang tidak berjaya dihubungi sejak dua hari lalu.

“Wanita berkenaan kemudiannya menjenguk melalui tingkap kerana rumah berkunci sebelum ternampak mangsa dalam keadaan perut kembung, kaki dan tangan terikat serta berbungkus sebelum meminta jiran menghubungi bomba,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, mangsa ditemui atas tilam dalam sebuah bilik dalam keadaan tangan dan kaki terikat serta dibalut dengan kain.

“Berdasarkan maklumat isteri mangsa, kali terakhir mereka berhubung pada 3 petang Selasa lalu. Isterinya menghantar mesej menerusi WhatsApp pada Rabu dan hari ini, namun tidak dijawab,” katanya.


Anuwal berkata, berdasarkan pemeriksaan awal pihaknya percaya mangsa meninggal dunia lebih 24 jam lalu dan mayatnya sudah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) Seremban untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya. - FMT


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan