Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Enjoy sakan!.. lelaki guna duit bantuan Covid-19 beli Lamborghini, jam tangan Rolex

FLORIDA: Seorang lelaki berasal dari Haiti didakwa melakukan penipuan apabila menggunakan duit bantuan Covid-19 untuk membeli barangan mewah termasuk kereta sport Lamborghini Huracan Evo, pakaian berjenama dan jam tangan Rolex serta Hublot.

Lelaki guna duit bantuan Covid-19 beli Lamborghini, jam tangan Rolex
Lelaki guna duit bantuan Covid-19 beli Lamborghini, jam tangan Rolex

Valesky Barosy, 27, cuba mendapatkan bantuan dana Covid-19 berjumlah lebih AS$4.2 juta (RM17.6 juta) menerusi program Paycheck Protection dengan memalsukan jumlah perbelanjaan tahunan, jumlah pendapatan dan cukai.

Namun, dia hanya menerima bayaran sebanyak AS$2.1 juta (RM8.8 juta).

Pada 29 Disember lalu, Barosy membuat penampilan pertama untuk menghadiri perbicaraan di mahkamah dan jika disabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara sehingga 132 tahun.

Menerusi media sosial, Barosy menunjukkan ‘kehidupan mewahnya’ dengan menggunakan pelbagai barangan berjenama dan sering menggambarkan dirinya seorang yang berjaya.

Selain itu, lelaki tersebut juga menceritakan kepada pengikut Instagram mengenai bagaimana dia berdepan kehidupan yang sukar ketika mula-mula sampai di Amerika Syarikat (AS) sehingga tidak mampu membeli sehelai baju di Walmart.

Barosy mendakwa dia menjadi presiden sebuah syarikat yang dikenali sebagai VBarosySolutions Inc. yang membantu pelanggan memulihkan skor kredit mereka.

Lelaki itu juga mendakwa merupakan usahawan berjaya termasuk pakar dalam bidang pemasaran dan e-dagang.


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan