Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

[Video] tular seorang wanita berhijab mendukung seekor singa di kawasan perumahan

KUWAIT CITY: Satu video yang memaparkan seorang wanita berhijab di Kuwait secara selamba mendukung seekor singa ketika melalui sebuah kawasan perumahan di negara itu, menjadi tular di laman media sosial.

tular seorang wanita berhijab mendukung seekor singa di kawasan perumahan
Tular seorang wanita berhijab mendukung seekor singa di kawasan perumahan

Lapor portal UPI, pihak berkuasa tempatan mengesahkan video itu dirakam selepas haiwan liar itu terlepas dari kandang rumah pemiliknya.

Video tersebut menunjukkan singa berkenaan cuba melepaskan diri ketika wanita terbabit mendukung haiwan buas itu.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada Ahad lalu di kawasan Sabahiya, selatan bandar Kuwait.


Menurut polis, singa itu adalah milik wanita berkenaan dan bapanya.



“Pegawai membantu menangkap singa itu apabila ia dikesan berkeliaran di jalanan sebelum dikembalikan kepada wanita tersebut,” jelas laporan itu. – AGENSI


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan