Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Suami kantoi cuba berselingkuh dengan wanita lain, diseret isteri

JAKARTA – Sebuah video yang tular di media sosial menunjukkan seorang wanita mengheret suaminya yang curang dari sebuah apartmen, lapor laman berita Suara.com hari ini.

Wanita itu mendapati bahawa suaminya berlaku curang setelah dimaklumkan oleh saudaranya. – Instagram
Wanita itu mendapati bahawa suaminya berlaku curang setelah dimaklumkan oleh saudaranya. – Instagram

Klip video itu dimuat naik ke akaun Instagram bernama @komentatorpedas.

Pada mulanya, kelihatan sebuah kereta diletakkan di pekarangan sebuah apartmen dipercayai milik suami wanita itu.

Wanita itu diberitahu oleh saudara-maranya bahawa kereta suaminya diletakkan di perkarangan pangsapuri itu.

Tidak lama selepas itu, rakaman menunjukkan wanita itu sedang bertindak mengheret suaminya keluar dari kediaman itu.

“Rupa-rupanya, lelaki itu sendiri mendaftar masuk dengan wanita lain,” kata kenyataan dalam video itu.

Menurut maklumat, wanita itu bersyukur kerana masih ada saudara mara yang baik hati mengadu suaminya curang.

Netizen mula membanjiri ruang komen.

“Sebab itu wanita perlu mencari suami yang soleh, bukan sekadar harta yang banyak,” tulis seorang netizen. – Agensi

Sumber: Kosmo Online


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan