Ifa Raziah menyelar segelintir netizen yang mengecam tindakannya memakai perhiasan ketika mengerjakan umrah baru-baru ini. |
Menerusi satu video yang dimuat naik semula di Instagram baru-baru ini, Ifa atau nama sebenar Saripah Raziah Mustapha tampil membalas kecaman yang dilayangkan kepadanya hanya kerana memakai gelang emas ketika mengerjakan ibadah tersebut.
“Apa salahnya? Engkau dekat rumah tengok emak engkau, Pakai gelang emas tidak, solat? Sama kan? Engkau tengok nenek engkau solat, ada pakai gelang emas? Sama sahaja.
“Aku pergi ke sana pakai gelang emas, ini, siapa yang bagi? Allah yang bagi. Apa masalahnya aku solat, buat ibadah aku pakai ini? Aku nak tunjuk ‘Allah engkau bagi dekat aku Allah’.
Ifa Raziah menyelar segelintir netizen yang mengecam tindakannya memakai perhiasan ketika mengerjakan umrah baru-baru ini. |
“Aku tengok perempuan Arab semua pakai emas, tak ada masalah pun. Komen masyarakat Malaysia ini, otak dia, tak betullah. Kurang waraslah. Dalam Islam pun, apa masalah pakai emas. Lelaki tak boleh pakai emas, sutera. Perempuan boleh pakai emas,” katanya berang.
Ifa baru-baru ini dikecam hebat gara-gara mengenakan perhiasan berbentuk gelang emas ketika berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan umrah sekitar Disember lepas.
Dalam pada itu, Ifa turut menegaskan dia telah merujuk kepada pakar agama seperti para ustaz berhubung perkara tersebut.
Ifa baru-baru ini dikecam hebat gara-gara mengenakan perhiasan berbentuk gelang emas ketika berangkat ke tanah suci untuk mengerjakan umrah sekitar Disember lepas. |
“Beliau katakan tiada satu pun hadis yang mengatakan haram bagi wanita yang memakai emas untuk bersolat mahupun melakukan apa-apa ibadah yang berkaitan dengan umrah atau haji.
“Malahan ibadah yang dilakukan tidak terbatal hanya kerana memakai emas. Yang paling penting ia bersih, suci dan bukan datang dari sumber yang diragui,” tegasnya.
Sumber: Utusan Digital
0 Ulasan