Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

[Video] Peniaga bundle sedekah pakaian, mangsa banjir tunggu depan pintu nak tukar baju basah

TRAGEDI banjir yang melanda beberapa negeri ternyata meruntun hati kita semua. Dalam duka yang melanda, ramai rakyat negara ini turut mengambil peluang untuk memberi bantuan mengikut kemampuan masing-masing.

Peniaga bundle sedekah pakaian, mangsa banjir tunggu depan pintu nak tukar baju basah

Tidak terkecuali seorang peniaga bundle di Seksyen 16, Shah Alam, Selangor yang membuat agihan baju percuma pada Ahad.

Menurut Mohd Ismail Abdullah, 38, dia terpanggil untuk menghulurkan bantuan memandangkan ramai orang sekeliling di kawasan itu teruk terjejas ekoran banjir yang melanda.

"Pertamanya, saya bersyukur kawasan sekitar kedai dan rumah saya tidak ditenggelami air banjir. Saya lihat komuniti dekat-dekat kawasan ini banyak yang terjejas.



"Saya tengok kedai kawan-kawan pun banyak yang ditenggelami air. Dalam keadaan itu, saya niatkan buka kedai untuk bagi pakaian secara percuma. Sesiapa yang datang, boleh ambil saja.

"Sebelum saya buka pintu kedai dah ada makcik-makcik yang menunggu kat depan. Mereka tak tahu pun yang saya nak bagi percuma, pada pagi itu saya belum buat hebahan lagi.

Kedai Z Bundle terletak di Seksyen 16, Shah Alam.
Kedai Z Bundle terletak di Seksyen 16, Shah Alam.

"Ada yang datang dengan duit RM10, nak beli pakaian sebab baju dipakai mereka sudah basah. Kita faham, mereka dilanda musibah, jadi saya pun niatkan untuk bersedekah," ujarnya.

Mesra disapa Mael, lelaki yang berasal dari Perak itu mendedahkan dia dikunjungi lebih 100 pelanggan yang terdiri daripada mangsa banjir pada hari tersebut.

Antara yang diagihkan secara percuma termasuklah baju, seluar dan baju sejuk.

Dalam pada itu, Mael akui puas dapat menghulurkan bantuan mengikut kemampuannya sendiri.

"Saya sedih tengok mereka. Kebetulan pusat pemindahan hanya 400 meter dari kedai saya. Yang mana datang, saya minta mereka uar-uarkan pada orang lain pula.

"Saya terharu dapat bantu, saya bukannya Ustaz Ebit Lew. Kali ini rasa berbesar hati dapat bantu mereka yang sedang memerlukan. "Lagi terkejut bila video di kedai bundle saya turut viral di TikTok. Saya terharu baca komen netizen semua," ujarnya lagi.

Mael puas dapat membantu orang ramai yang terkesan dek bencana yang melanda.
Mael puas dapat membantu orang ramai yang terkesan dek bencana yang melanda.


Dalam video tular itu, kelihatan seorang wanita sebak selepas dia menerima pakaian percuma yang diberikan oleh Mael di kedainya.

Video itu sehingga kini meraih lebih 64,000 tontonan di aplikasi TikTok,

Menurut Mael, kedai Z Bundle itu sebelum ini diusahakan oleh bekas majikannya, namun ia diambil alih oleh dia sendiri pada tahun 2017.

Imbas Mail yang sudah 15 tahun berniaga, dia sebelum ini turut terjejas teruk dek pandemik yang melanda negara sejak tahun lalu.

"Saya ni baru saja terlepas. Baru nak bernyawa selepas Covid-19 melanda. Masa Covid-19, agak perit sebenarnya.

"Dulu saya makan gaji, kemudian saya ambil alih daripada bos pada tahun 2017. Saya ni dikira bernasib baik sebab berniaga sendiri, tiada staf.

"Isteri saya kerja pembantu klinik. Ketika kedai tak dibuka, dia yang banyak bantu selama ini," ujarnya lagi.

Artikel: mStar Viral


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan