Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Jangan pandang sebelah mata, pengutip sampah ini berjaya buat ramai terkesima

TIDAK kira apa pun jenis pekerjaan yang dibuat, asalkan daripada sumber halal sudah memadai. Sama ada tukang cuci, pengutip sampah waima pembersih loji najis sekali pun, rezeki yang diperoleh boleh digunakan demi kelangsungan hidup.

angan pandang sebelah mata, pengutip sampah ini berjaya buat ramai terkesima

Pun begitu, jangan pandang sebelah mata terhadap golongan tersebut kerana tidak mustahil mereka mempunyai simpanan lebih banyak berbanding orang lain.

Kisah pengutip sampah yang dikongsikan pengguna TikTok, @Rizkyyrme misalnya berjaya membuatkan ramai takjub, apatah lagi memiliki rezeki yang tidak disangka-sangka.

Mana tidaknya, rakaman video pendek yang dikongsikan pemuda yang bekerja di sebuah kedai serbaneka di Indonesia itu pada awalnya menunjukkan seorang lelaki sedang mengutip sampah di hadapan kedai.

Sebaik sahaja selesai, lelaki tersebut kemudian masuk ke dalam kedai serbaneka untuk membeli barangan.

Bagi kebanyakan orang, pasti mengandaikan lelaki itu hanya memiliki duit cukup-cukup untuk membayar kesemua barang yang dibelinya.

Namun, agak mengejutkan apabila lelaki yang berpakaian lusuh itu mengeluarkan gulungan wang kertas bernilai RP100,000 (RM29.33) yang banyak.

Boleh jadi, hasil jualan barangan lusuh dan terpakai yang dikerjakan seharian.

Video pendek berdurasi 10 saat yang dikongsikan pemuda dari negara tanah seberang itu menerima lebih 878,000 jumlah tontonan dan lebih 9,800 komen.

Rata-rata warganet yang mengikut video tersebut juga menzahirkan rasa insaf dalam diri. Siap kata itu penyiasat yang menyamar untuk operasi khas.

Aduhai, macam-macam andaiankan? Apa yang penting, jika kita berusaha keras walaupun kerja kelas bawahan, insya-ALLAH hidup akan dipermudahkan.

Bak kata orang, usaha tangga kejayaan. Boleh jadi, satu hari nanti daripada pengutip sampah, boleh berhijrah menjadi insan berjaya.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan