Detik-detik cemas ‘Ferris Wheel’ dekat fun fair Jerantut terjatuh masa sedang berpusing |
Ada netizen memberitahu peralatan yang dipasang pada buaian itu merupakan besi buruk yang digunakan sejak 1990-an dan daif malah tidak sesuai lagi untuk digunakan sebagai permainan, lapor Utusan Malaysia.
“Anak saya kat dalam”
Video itu tular dirakam oleh ibu kepada kanak-kanak yang ada di dalam sangkar tersebut, ia berlaku kira-kira jam 9 hingga 10.30 malam tadi.
Suasana jadi kecoh dengan jeritan orang ramai khusunya ibu bapa yang melihat beberapa buah ‘sangkar’ itu jatuh.
Suasana jadi kecoh dengan jeritan orang ramai khusunya ibu bapa yang melihat beberapa buah ‘sangkar’ itu jatuh.
Katanya, walaupun cemas melihat sangkar itu terbalik dia cuba menenangkan 3 orang anaknya yang menjerit dan menangis ketakutan.
Oleh sebab itu, pengirim yang dikenali sebagai Eintan Ejam menzahirkan rasa marah dam kecewa dengan tindakan sambil lewa pihak pengurusan permainan tersebut.
Oleh sebab itu, pengirim yang dikenali sebagai Eintan Ejam menzahirkan rasa marah dam kecewa dengan tindakan sambil lewa pihak pengurusan permainan tersebut.
Susulan dengan kejadian ini, dia menasihati mana-mana ibu bapa dan penghunjung fun fair supaya sentiasa hati-hati.
Dalam pada itu, Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Amal Sejagat, Mohd. Nor Izzat Mohd. Johari berkata, pihaknya kesal kerana pemilik fun fair berkenaan tidak bertanggungjawab membenarkan orang awam menaiki besi buruk yang mengundang risiko keselamatan mereka.

0 Ulasan