Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Ini punca mengapa berlakunya banjir kilat di beberapa taman perumahan di Kajang

KAJANG - Banjir yang melanda Taman Lembah Mewah petang tadi dikatakan berpunca daripada longkang jalan persekutuan tidak diselenggara dengan baik, kata ADUN Kajang, Hee Loy Sian.

Ini punca mengapa berlakunya banjir kilat  di Kajang
Longkang jalan persekutuan tidak diselenggara dengan baik dikatakan menjadi unca bajir kilat di Kajang

Di Jalan Semenyih yang melewati Taman Lembah Mewah, katanya, “longkang itu sempit dan lama tidak diselenggara”, menyebabkan ia tidak mampu menampung air yang terlalu banyak apabila hujan lebat.

Beliau yang juga EXCO Pelancongan dan Alam Sekitar Selangor berkata, air yang terlalu banyak dari Lebuhraya Persekutuan menyebabkan berlaku limpahan air di Jalan Semenyih susulan longkang yang sempit.

Terdahulu, bomba Selangor melaporkan dua kes banjir kilat iaitu di Taman Lembah Mewah pada 5.35 petang dan di Pangsapuri Glen Court di Bandar Sg Long pada 5.19 petang.

Menurut bomba, air naik setinggi dua kaki di Taman Lembah Mewah ekoran hujan lebat dan longkang tersumbat.



Manakala, kejadian di Pangsapuri Glen Court ekoran limpahan air dari kolam berhampiran, dengan kedalaman satu kaki.

“Kita harap cepat turunkan peruntukan untuk selenggara longkang di Jalan Semenyih ini. Semenyih ini banyak pembangunan. Isu masalah jalan bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan

“Longkang di kedua-dua belah Jalan Semenyih perlu dilebarkan dan diperbesarkan,” katanya.

Hee berkata banjir kerap melanda Jalan Semenyih namun mendakwa tiada apa-apa tindakan dari JKR Persekutuan.

“Itu jalan utama. Patut diberi keutamaan. Saya sudah bangkitkan isu ini melalui Ahli Majlis Perbandaran Kajang dalam mesyuarat bulanan infrastruktur tetapi JKR Persekutuan kata ‘tiada bajet’.”

Sumber: Free Malaysia Today


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan