Mengesahkan dirinya kini sedang menerima rawatan di hospital, Ebby Yus bagaimana pun mengambil pendekatan untuk tidak memperincikan lokasi hospitalnya.
“Sebenarnya ketika ini saya sedang menerima rawatan di hospital sejak empat hari lalu. Selepas banjir tempoh hari, saya masuk hospital,” kata Ebby Yus secara ringkas.
Baca: Mahligai Impian’ Ebby Yus Dihanyutkan Banjir, Hasil Usaha 3 Dekad Jadi Artis
Jelas Ebby atau nama sebenarnya, Muhammad Yunus Abdul Rashid juga masih menantikan maklumat lanjut daripada pihak hospital berhubung penyakitnya.
“Tak boleh nak cakap lagi sekarang ini sebab doktor masih tengok dan belum mendapat jawapan.
“Saya disyaki menghidap pary-paru berair. Hendak bercakap banyak pun tidak boleh kerana keadaan kesihatan kurang mengizinkan,” katanya.
Ebby ketika dihubungi hanya membalas menggunakan mesej suara dan kedengaran suaranya juga agak lemah.
Terdahulu, Ebby menjadi antara artis yang terkesan teruk akibat banjir selepas rumahnya yang masih dalam proses pembinaan, lenyap dibawa arus di Hulu Langat, Selangor.
0 Ulasan