Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Pasangan suami isteri terkejut lihat objek hitam tergantung di syiling, sebenarnya ini yang terjadi...

Satu pasangan suami isteri terkejut besar saat menyedari satu objek hitam dipenuhi rambut seakan makhluk atau hantu yang menyeramkan seperti dalam filem seram.

Pasangan suami isteri terkejut lihat objek hitam tergantung di syiling
Pasangan suami isteri terkejut lihat objek hitam tergantung di syiling rumah mereka

Pada mulanya, mereka agak takut untuk memeriksa dan mendekati objek tersebut, namun kemudian menyedari objek tersebut merupakan kepala anak perempuan mereka!

Rupanya kepala anak perempuan mereka tersangkut pada lubang di siling berkenaan dan lubang sebesar 8 inci itu dibuat kerana mahu dipasangkan saluran ventilation untuk kipas diantara dua tingkat i kediaman mereka di Puding, wilayah Guizhou, China.

Anak perempuan mereka memasukkan kepalanya kedalam lubang tersebut namun kemudian ditimpa nasib malang apabila kepalanya tersangkut dan tidak dapat keluar dari situ.

Pasangan suami isteri terkejut lihat objek hitam tergantung di syiling

Seorang anggota Bomba cuba menolak kepala budak perempuan itu dari bawah dan seorang lagi cuba menariknya dari atas, namun cubaan pertama itu tidak berjaya. 

Kemudiannya mereka pun menyapu minyak sayur di kepala budak perempuan itu dan melakukan cubaaan tadi beberapa kali hinggalah akhirnya mereka berjaya mengeluarkan budak tersebut.

Pasangan suami isteri terkejut lihat objek hitam tergantung di syiling

Budak perempuan tersebut dikatakan tersekat di lubang berkenaan selama lebih kurang sejam dan pasukan Bomba mengambil masa kira-kira 40 minit untuk mengeluarkannya.

Budak perempuan itu kemudian dibawa ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan dan kemudiannya disahkah tidak mengalami kecederaan akibat insiden terbabit.


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan