Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Saya arahkan mana-mana menteri yang sedang bercuti di luar negara balik segera” – PM

Batalkan dan balik segera! Itu adalah arahan tegas daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri kepada mana-mana menteri yang berhasrat dan sedang bercuti di luar negara.

“Saya arahkan mana-mana menteri yang sedang bercuti di luar negara balik segera” – PM

Kenyataan itu dibuat menerusi Facebook rasmi miliknya, beliau berkata, ia bertujuan untuk membantu Keluarga Malaysia yang kini berada dalam kesusahan.

Dalam pada itu, Datuk Seri Ismail Sabri yang ada melawat PPS untuk membuat tinjauan kepada mangsa-mangsa banjir hari ini juga mengumumkan bahawa Bantuan Wang Ihsan yang sebelum ini bernilai RM 5,000 telah dinaikkan sebanyak RM 10,000.



Katanya, kerajaan telah bersetuju untuk menyalurkan peruntukan secara terus sebanyak RM 50 juta kepada dua negeri iaitu Pahang dan Selangor.

“Kerajaan bersetuju menyalurkan peruntukan secara terus sebanyak RM50 juta kepada dua negeri iaitu Pahang dan Selangor yang terjejas teruk akibat banjir. Manakala bagi negeri-negeri lain yang terjejas banjir, kerajaan akan menyalurkan peruntukan berdasarkan kerosakan yang berlaku.”

Sementeara itu, bagi pasca banjir seperti kerja pembersihan rumah, beliau akan minta GLC dan GLIC untuk menggerakkan program bantu keluarga yang terkesan seperti kerja pembersihan dan sebagainya.

Beliau juga akan mengarahkan Kementerian Multimedia dan Komunikasi untuk mempercepatkan pemulihan telekomunikasi di kawasan terjejas agar dapat membolehkan ahli keluarga ketahui status ibu bapa, sanak saudara melalui panggilan video dan sebagainya.


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan