Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Korban banjir: Sembilan mayat lagi ditemukan di sekitar Shah Alam

SHAH ALAM: dipercayai korban banjir yang melanda sembilan mayat ditemukan di sekitar Shah Alam setakat ini Jumaat lepas susulan hujan lebat.

Korban banjir: Sembilan mayat lagi ditemukan di sekitar Shah Alam
Polis berkata dua mayat lelaki dijumpai masing-masing di lampu isyarat Kemuning Utama, Seksyen 33 dan satu lagi di Jalan Utama masuk ke Alam Idaman, Seksyen 22 pada Ahad lepas. (Gambar Facebook)

Ketua Polis Daerah Shah Alam Baharudin Mat Taib berkata dua mayat dijumpai pada Ahad, manakala tujuh lagi semalam.

Beliau berkata semua mayat terdiri daripada tiga wanita dan enam lelaki.

Menurut Baharudin, dua mayat lelaki dijumpai masing-masing di lampu isyarat Kemuning Utama, Seksyen 33 dan satu lagi di Jalan Utama masuk ke Alam Idaman, Seksyen 22 pada Ahad lepas.

Polis berkata dua mayat lelaki dijumpai masing-masing di lampu isyarat Kemuning Utama, Seksyen 33 dan satu lagi di Jalan Utama masuk ke Alam Idaman, Seksyen 22 pada Ahad lepas. (Gambar Facebook)
Semalam, dua mayat lelaki ditemui berhampiran Subtek Bencana Seksyen 25, satu di Pekan Sri Muda dan satu lagi di bawah Lebuhraya Elite berhadapan MSU Seksyen 13.

Baca juga: [Video] Banyak kenderaan tenggelam, keadaan banjir teruk di Seksyen 25, Shah Alam

“Tiga lagi mayat wanita ditemukan semalam dengan dua daripadanya di kawasan rumah teres Seksyen 25 dan satu lagi di Persiaran Budiman,” katanya dalam kenyataan.

Polis berkata dua mayat lelaki dijumpai masing-masing di lampu isyarat Kemuning Utama, Seksyen 33 dan satu lagi di Jalan Utama masuk ke Alam Idaman, Seksyen 22 pada Ahad lepas. (Gambar Facebook)
Beliau menasihatkan orang ramai supaya sentiasa menjaga keselamatan diri dan keluarga selain bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan akibat daripada banjir.

Baharudin meminta kerjasama semua pihak untuk menyalurkan sebarang maklumat berkaitan banjir atau penemuan mayat mangsa banjir ke Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di talian 03-55202000/ 03-55202022 untuk tindakan lanjut.

Sumber: FMT


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan