Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Walau perkahwinan berakhir, amanah besarkan anak tanggungjawab bersama”

Isteri kepada penyanyi Nubhan, Dr. Afifah Hidayah percaya bahawa tugas membesarkan anak adalah tanggungjawab bersama meskipun perkahwinan tidak lagi dapat diselamatkan.

Dr. Afifah Hidayah
Dr, Afifah berkongsi luahan isi hati mengenai kehidupannya sebagai seorang ibu yang sanggup berkorban sepenuhnya demi anak-anak.

Menurut Afifah, ibu dan bapa perlu memainkan peranan dengan mendidik anak-anak tentang semua aspek termasuk agama dan menanam sifat posiitf dalam diri.

“Walaupun perkahwinan sudah berakhir, amanah untuk membesarkan dan membimbing anak-anak tetap menjadi tanggungjawab bersama.

“Perkongsian tanggungjawab sebagai ibu bapa dalam Islam berlandaskan rahmah, kasih sayang dan tanggungjawab.

“Bersama-sama kita ajar mereka tentang cinta, hormat dan iman,” kongsinya menerusi Threads.

Dalam hantaran berbeza, Afifah berkongsi luahan isi hati mengenai kehidupannya sebagai seorang ibu yang sanggup berkorban sepenuhnya demi anak-anak.

“Dalam sabar ada kekuatan, dalam doa ada harapan. Asbiru warabitu, Ya Allah, kurniakan ketenangan dan kekuatan buat hati seorang ibu.

“Aku mengandungkan mereka dengan kasih, membesarkan mereka dengan kesabaran, mendidik mereka dengan doa dan impian.

“Setiap langkah, setiap keputusan semuanya demi mereka,” katanya lagi.

“Semakin banyak aku mendengar perjalanan ibu-ibu lain, semakin aku belajar untuk bersyukur.

“Terima kasih mommies, ibu, bonda, umi. Aku dengar kalian,” luahnya.

Semalam, Nuhhan memfailkan hadanah (hak penjagaan anak) tiga orang anaknya iaitu Aafiyah, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 hasil perkahwinan bersama Afifah.

Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam menetapkan tarikh untuk sebutan kedua merekod persetujuan hasil perbincangan plaintif dan defendan adalah pada 26 November depan.

Terdahulu, selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga, Nubhan mengejutkan ramai apabila didakwa sudah menceraikan isterinya selain memfailkan pengesahan lafa talak.

Mahkamah Rendah Syariah Sepang seterusnya menetapkan 2 Disember bagi tarikh sebutan kes pengesahan lafaz cerai yang difailkan Nubhan ke atas Afifah.

<


Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan