Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

“Ustaz jadikan saya yang ke dua” – UAS dedah ramai wanita mahu jadi isteri kedua

JAKARTA – Pendakwah terkenal Indonesia, Ustaz Abdul Somad membuat pengakuan bahawa dirinya ‘dihimpit’ ramai wanita yang mahu berkahwin dengannya meskipun mengetahui beliau sudah beristeri, lapor portal berita hops.id semalam.

Ustaz Abdul Somad dan isteri, Fatimah Az Zahra
Ustaz Abdul Somad dan isteri, Fatimah Az Zahra

Beliau yang kini berusia 45 tahun dan terkenal dengan gelaran UAS menamatkan zaman dudanya pada tahun 2021. UAS berkahwin dengan seorang gadis muda setelah bercerai dengan bekas isteri, Mellya Juniarti pada 2019.

UAS berkahwin dengan Fatimah Az Zahra yang ketika itu berusia 19 tahun dengan menyerahkan mas kahwin berupa 244 gram emas.

Fatimah Az Zahra adalah seorang wanita kelahiran Jombang, Jawa Timur pada 1 Oktober 2001, bermakna dia baru berusia 19 tahun.

Dia 24 tahun lebih tua daripada suaminya, yang dilahirkan pada 18 Mei 1977.

Ustaz Abdul Somad dan isteri, Fatimah Az Zahra
Ustaz Abdul Somad dan isteri, Fatimah Az Zahra

Ketika berceramah di sebuah sekolah pondok di wilayah Jawa Barat baru-baru ini, beliau berkata, terdapat ramai wanita yang mahu menjadi isterinya malah sanggup bermadu.

“Saya, biarpun sudah tua begini, masih banyak yang menulis komen-komen seperti ‘ustaz jadikan saya yang kedua.’ Padahal, saya sudah berkahwin dan sudah tua,” katanya. – Agensi



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan