Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Tembok Saksaywaman bingungkan pengkaji, binaan guna teknologi makhluk asing?

SACSAYHUAMAN atau juga dikenali sebagai Saksaywaman merupakan sebuah ibu kota kerajaan Inca yang menyimpan sejarah tersendiri yang kini terletak di utara kota Cusco di Peru.

Tembok purba membingungkan pengkaji, binaan guna teknologi makhluk asing
Pengkaji masih tertanya-tanya bagaimana bangsa Inca zaman dahulu menyusun batu-batu besar ini.

Suatu ketika dahulu, kota purba ini dipercayai wujud sebagai sebuah kompleks candi. Apa yang unik tentang kota ini ialah susunan batu membentuk binaan yang masih kekal sehingga kini. Batu-batu itu dipercayai tersusun tanpa menggunakan sebarang ‘pelekat’.

Dibina sekitar tahun 900 hingga 1,200 Masihi, kota purba ini masih menimbulkan kebuntuan terhadap para pengkaji mengenai susunan bongkahnya yang begitu kemas.

Ahli arkeologi berpendapat, satu bongkah batu dianggarkan seberat 200 tan. Manakala, ketinggian benteng melebihi 12,000 kaki dari permukaan tanah.

Timbul persoalan bagaimana masyarakat zaman dahulu membina tembok purba ini yang melibatkan jumlah batu yang banyak. Kedudukannya berada dalam tiga barisan yang terletak secara bersebelahan dengan panjang 1,500 kaki dan lebar 54 kaki.

Tiga susunan tersebut mewakili tiga tingkat dalam kepercayaan masyarakat terdahulu iaitu dari bawah Ukju Pacha (bawah tanah), Kay Pacha (permukaan bumi) di tengah, dan Hanan Pacha (langit) di atas.

Pengkaji masih tertanya-tanya bagaimana bangsa Inca zaman dahulu menyusun batu-batu besar ini. Kota ini zaman dahulu dipercayai wujud sebagai sebuah kompleks candi.

Kota ini zaman dahulu dipercayai wujud sebagai sebuah kompleks candi.

Bukan itu saja, kedudukan yang begitu rapat menjadikan tiada ruang langsung wujud di antara batu. Buktinya, helaian kertas yang tipis pun tidak dapat menembusi mana-mana celahan bongkah berkenaan.

Disebabkan itu, timbul pelbagai teori yang mengaitkan bagaimana benteng itu dibina. Antaranya, kehadiran cahaya matahari dalam pencairan objek dan penglibatan campur tangan asing. Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan teknologi makhluk asing.

Ada juga teori berpendapat bahawa bongkah-bongkah batu itu telah dipotong terlebih dahulu. Kemudian, ia dicantum semula melalui pembakaran hutan. Bagaimanapun, teori itu sukar dibuktikan.

Tiada ruang langsung antara batu, malah helaian kertas nipis pun tidak mampu menembusinya.

Lihat betapa besarnya bongkah batu ini. Ia menjadi persoalan bagaimana masyarakat Inca zaman dulu membawa dan membina tembok ini.

Satu-satunya teori yang boleh dianggap logik dikemukakan oleh seorang arkitek dikenali sebagai John McCauley. Lelaki ini telah mengkaji teknik pembinaan purba selama lebih dari 40 tahun.

Berdasarkan kebijaksanaan masyarakat Inca, McCauley berpendapat pada zaman dahulu, mereka berkemungkinan menggunakan templat iaitu kepingan plastik, logam atau sebagainya yang mempunyai lubang bercorak pada permukaan untuk menekap atau menanda sesuatu kerja secara berulang.

McCauley percaya orang-orang Inca pada waktu itu memindahkan potongan-potongan batu besar ke lokasi berkenaan. Perbuatan itu dilakukan sebelum menggilap bongkah dan mengukurnya menggunakan templat. Tujuannya untuk mendapatkan ukuran yang tepat bagi menyusun batuan dengan kemas.

Dengan kata lain, mereka akan mengukur ruang yang diperlukan secara teliti mengikut kesesuaian bentuk. Setelah itu, bongkah batu akan dibentuk agar berpadanan dengan templat.

Keunikan Saksaywaman turut mendapat pengiktirafan UNESCO sebagai salah satu tinggalan warisan dunia.

Walau bagaimanapun, teori berkenaan masih dianggap tidak tepat oleh para sejarawan dan ahli arkeologi. Terdapat beberapa perkara yang dikatakan tidak relevan untuk dikaitkan dengan pembinaan Saksaywaman.

Antaranya, tanda retak atau potongan akan kelihatan pada permukaan batu. Tidak hanya itu, jika ia melibatkan proses pencairan melalui pembakaran, tanda seperti dibakar juga dapat dikesan.

Sementara itu, biarpun kesemua susunan tidak berada dalam saiz sama, namun aturan batu tampak kemas dan cantik. Setiap bloknya memiliki permukaan halus dan bersudut bulat.

Hal itu diperakui oleh kebanyakan pelancong yang datang melihat sendiri kompleks tinggalan berkenaan. Dianggarkan seramai 20,000 hingga 30,000 pekerja terlibat dalam aktiviti pembinaan kota Saksaywaman ini.



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan