Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Rakyat Iran adakan protes lagi, tuntut keadilan kematian dalam tahanan Mahsa Amini

IRAN - Orang ramai turun ke jalanan di tenggara Iran, sambungan protes bulan keempat disebabkan kematian Mahsa Amini.

Rakyat Iran adakan protes, tuntut keadilan kematian Mahsa Amini
Rakyat Iran adakan protes, tuntut keadilan kematian Mahsa Amini

Republik Islam itu menyaksikan gelombang demonstrasi sejak kematian Amini pada September lalu kerana didakwa melanggar kod pakaian ketat negara berkenaan untuk wanita.

Menurut video yang dikongsi Hak Asasi Manusia Iran yang berpangkalan di Oslo, penunjuk perasaan di Zahedan, ibu kota wilayah Sistan-Baluchestan, melaungkan 'Matilah diktator', menyasarkan pemimpin tertinggi, Ayatollah Ali Khamenei.

Sistan-Baluchestan yang terletak di sempadan tenggara Iran dengan Afghanistan dan Pakistan, menjadi tapak keganasan yang sering membawa maut walaupun sebelum protes di seluruh negara meletus.

Amini ditahan di Tehran pada 13 September lalu dan meninggal dunia tiga hari kemudian.

Dia meninggal dunia dalam keadaan mencurigakan, didakwa kerana keganasan polis.

Laporan koroner Iran menafikan kematian Amini disebabkan keganasan polis, sebaliknya dikaitkan dengan keadaan kesihatan sedia ada mangsa.

Kematian Amini ketika berada dalam tahanan polis, mencetuskan pergolakan di negara itu, sekali gus menandakan cabaran terbesar kepada kepemimpinan Iran.- AFP



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan