Rancangan hiburan yang mencari bakat penyanyi dengan meletakkan 50 juri, All Together Now Malaysia (ATNM) baru sahaja bermula beberapa minggu yang lalu. Sebuah rancangan yang ditayangkan di Astro bagaimanapun baru-baru ini telah menjadi buah mulut ramai.
Manakan tidak dalam episod terbaharu rancangan ini, ada salah seorang peserta ditegur para juri supaya jaga adab dan percakapan.
Dalam satu rakaman yang disiarkan semula, salah seorang juri, Catriona Ross menegur adab peserta perempuan tersebut.
Bukan selebriti ini seorang sahaja, malah Ajai dan Syafinaz Selamat juga turut meluahkan pendapat masing-masing. Dalam rakaman tersebut kedengaran Catriona Ross bertanyakan beberapa soalan kepada peserta tersebut.
Namun jawapan yang diberikan oleh peserta itu agak ‘kasar’ membuatkan rasa kurang senang para juri. Berikut adalah rakaman yang dimuat naik semula oleh Catriona Ross menerusi TikTok miliknya baru-baru ini:
Peserta jawab tak ‘beradab’
Pada awalnya Catriona memberikan teguran mengenai persembahan peserta berkenaan. Malah dia sempat bertanya, “lagu ni you minat ke?”. Namun jawapan oleh para peserta memang mengejutkan.
“Mestilah minat, kalau tak buat apa I bawak”, jawab peserta berkenaan.
Ajai, Syafinaz tegur peserta
“Sayang nasib baik you bukan anak murid I. Kalau anak murid I cakap macam tu dengan I, dah lama dia…” kata Syafinaz. Kemudian Ajai turut memberikan terguran sama.
Ada 4 nilai jaga adab
Catriona Ross juga menitipkan pesan kepada semua di ruangan kapsyen perkongsian itu mengenai teguran supaya menjaga adab ini.
- Attitude. Jaga tutur kata. How you speak shows your character.
- Hormat. Bila ada bersifat menghormati sesama kita,kita akan sangat disenangi. Malah, akan juga diingati.
- Disiplin. Ini kunci penting why some people succeed in life. Disiplin juga determines where you can be in life.
- Merendah diri. Sangat penting.
Di ruangan komen perkongsian Syafinaz tegur jaga adab ini, beberapa netizen ada yang memetik nama seperti Sheila Rusly dan Mas Idayu.
Mereka menulis mujurlah tiada dua figura ini kalau tidak memang teruk agaknya kena ‘basuh’ dengan perangai menjawab sebegini.
0 Ulasan