Terkini

8/recent/ticker-posts

Header Ads Widget

Jangkitan COVID-19 di IPT kini naik mendadak, tapi tiada siapa pun yang peduli?

Terdapat dakwaan yang mengatakan kes COVID-19 di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di seluruh negara kini berada di tahap yang tinggi.

Jangkitan COVID-19 di IPT kini naik mendadak, tapi tiada siapa pun yang peduli?
Pempengaruh media sosial Khairul Azri telah membuat hantaran mengenai isu Covid-19 di IPT - Gambar Facebook

Lebih menyedihkan, nasib puluhan penuntut IPT yang dijangkiti COVID-19 ketika ini juga dikatakan seolah-olah tidak diberi perhatian sewajarnya oleh pihak universiti.

Bersimpati dengan nasib mereka, pempengaruh media sosial Khairul Azri telah membuat hantaran berikut di Facebooknya bagi cuba membantu untuk mendapatkan penjelasan dan tindakan selanjutnya dari pihak berwajib.

Jangkitan COVID-19 di IPT kini naik mendadak, tapi tiada siapa pun yang peduli?

Betul ke dua tiga minggu ni kes Covid-19 meningkat tinggi di universiti-universiti tempatan?

Misalnya di Universiti Malaya, sejak awal minggu puluhan orang pelajar telah dijangkiti virus berkenaan dan dikatakan semakin bertambah?

Isu yang berbangkit kini adalah SOP, semua pelajar diarahkan kuarantin kendiri di bilik khas. Namun dalam masa yang sama tidak diberi sokongan yang sewajarnya.

  1. Tiada bantuan peralatan kesihatan, termometer, SpO2 reader, ada kejadian pelajar sesak nafas/pitam sebab duduk bilik tak boleh nak monitor.
  2. Tiada bantuan makanan. Kalau nak beli kena harap kawan-kawan atau order Foodpanda minta kawan hantarkan. Masalah timbul bagi pelajar wanita sebab blok/bilik khas untuk kuarantin di bahagian pelajar lelaki dan larangan untuk pelajar wanita.

Ya, kita faham kita dalam fasa endemik, mungkin Covid itu sudah dilute dan sebati dengan masyarakat, dan kita boleh simpulkan alah pelajar ni uruslah benda ni sendiri..

Tapi kena akui ada pelajar yang dari kampung, kekok atau tiada support sistem yang bagus, dan cuba bayangkan perasaan keluarga di kampung yang tak boleh tolong dan jumpa anak mereka di universiti.

Lagi satu kita kena berhati-hati dan ambil perhatian yang SOP dipatuhi sebaiknya, sebab ada kemungkinan nanti budak-budak ni ada yang akan balik mengundi, belajarlah dari kluster PRN Sabah.

Jangan perpisang buah dua kali.

In summary, tak banyak pun yang depa minta, tengokkanlah kejap, cukupkan benda dua di atas pun jadilah.

Oleh sebab sekarang musim pilihanraya, maka kita taglah ahli politik bidang berkenaan dan juga calon-calon kawasan tersebut, alah modal nasi lemak RM5 je pun bakal-bakal YB sekalian. 🙃

TERIMA KASIH. MOHON DISEBARKAN.

u/p, cc
Fahmi Fadzil
Dato’ Dr. Noraini Ahmad
Dr Maszlee Malik
Teo Nie Ching (张念群)
Ramlan Askolani
Fauzi Abu Bakar



Jangan lupa ikuti saluran media sosial kami di Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan Whatsapp

Catat Ulasan

0 Ulasan